Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masih Ingat Kes Rasuah TERBESAR Di Sabah?. Inilah PERKEMBANGAN Kes Rasuah Itu !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masih Ingat Kes Rasuah TERBESAR Di Sabah?. Inilah PERKEMBANGAN Kes Rasuah Itu !!!

Masih Ingat Kes Rasuah TERBESAR Di Sabah?. Inilah PERKEMBANGAN Kes Rasuah Itu !!! | Kota Kinabalu: Tiga tertuduh termasuk bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan isterinya serta bekas timbalan jabatan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas 35 pertuduhan penyelewengan dana infrastruktur jabatan berkenaan, hari ini.

Tertuduh, bekas Pengarah JANS, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini atas 12 pertuduhan menyeleweng dana infrastruktur kerajaan.

Isterinya, Fauziah Piut, 51, dan bekas Timbalan Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng, 62, menghadapi pertuduhan yang sama.

Tertuduh pertama, Awang Mohd Tahir digantung tugas selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Oktober lalu selepas berdepan dengan pertuduhan berkenaan membabitkan pemilikan secara haram wang tunai dan di dalam akaun bank berjumlah RM56.9 juta wang tunai dan simpanan, enam kereta mewah dan 86 jam tangan mewah pelbagai jenama pada 4 Oktober lalu di beberapa lokasi di sini, termasuk di pejabat JANS.

Manakala, isterinya yang baru ditahan di kediaman tertuduh semalam berdepan dengan 19 pertuduhan membabitkan pemilikan wang haram bernilai RM2.2 juta tidak termasuk beg tangan mewah dan emas serta bukan emas.

Pertuduhan yang dihadapi Fauziah sebagai tertuduh kedua turut membabitkan pemilikan secara salah pelbagai jenis harta yang tidak termaklum.

Awang Mohd Tahir dan Fauziah dalam pada itu turut berdepan dengan dua pertuduhan secara bersama iaitu memiliki sebanyak 921 jenis pelbagai barangan kemas dan barangan mewah yang tidak dinyatakan nilainya.

Sementara itu, tertuduh ketiga iaitu Lam Beng berdepan dengan empat pertuduhan memiliki kenderaan mewah serta wang tunai secara haram sebanyak RM2.38 juta.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibuat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Ketika perbicaraan pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Husmarudin Husin dan Farez Rahman manakala barisan peguam bela diketuai PJ Pereira mewakili Awang Mohd. Tahir dan Fauziah.

Lam Beng pula diwakili barisan peguam diketuai Chin Teck Ming.

Ketiga tertuduh memohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ummu Khaltom Abd Samad.

Perbicaraan berkenaan ditangguhkan oleh Ummu Khaltom ke jam 1 tengah hari ini bagi menetapkan jaminan terhadap semua tertuduh.

P.S. 1 – Ada Apa Dengan Brunei? Bila Tahu Inilah Keadaan Brunei Pasti Ramai Rasa Hendak Pindah Ke Brunei Sekarang !!!
P.S. 2 – Aku Selalu MERUNGUT Pada Suami Duit Belanja Tak Cukup. TINDAKKAN Suami Buat Aku MENANGIS Dan MENYESAL !!!
P.S. 3 – Korang Pernah Mimpi Tentang BAYI?? SERAM… Inilah Maksud Jika Selalu MIMPI Bayi !!!
P.S. 4 – ‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!

The post Masih Ingat Kes Rasuah TERBESAR Di Sabah?. Inilah PERKEMBANGAN Kes Rasuah Itu !!! appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2hPlttn


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.