Facebook Memperkenalkan Live Audio – Penstriman Audio Secara Langsung
Facebook hari ini telah memperkenalkan satu lagi ciri baru pada fungsi siaran langsung pada laman mereka, iaitu Facebook Live Audio. Seperti pada namanya, ia menawarkan sokongan penstriman audio secara langsung melalui platform Facebook.
Pengenalan ini hadir selepas populariti Live Video yang digunakan oleh ramai pengguna, selain pengenalan penstriman Live 360 baru-baru ini.
Melalui Live Audio, Facebook memfokuskan kepada penstriman audio sahaja, sekaligus membuka kepada lebih populariti podcast dan radio atas-talian menggunakan perkhidmatan Facebook untuk tujuan berkenaan. Ia juga mungkin akan lebih diminati pengguna, memandangkan mereka boleh menikmati audio daripada penerbit yang disukai mereka, selain pada masa yang sama menjimatkan penggunaan data – berbanding dengan penggunaan Live Video.
Facebook sendiri mengatakan Live Audio ini mungkin boleh meliputi siaran seperti temuramah, pembacaan buku, dan sebagainya. Seperti lain, ia juga menawarkan interaksi masa-nyata dengan pendengar.
Buat masa ini, fungsi ini diperkenalkan untuk penerbit terpilih sahaja, dan dijangka diperkenalkan untuk semua bermula tahun 2017 kelak.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2i7gSqc
Post a Comment