Mark Zuckerberg Memperlihatkan Sokongan Kecerdasan Buatan Dinamakan Jarvis Yang Dibangunkan Beliau
Mark Zuckerberg sering hadir dengan azam menarik setiap tahun, dan untuk 2016 ini, beliau telah berazam untuk membangunkan kecerdasan buatan tersendiri untuk digunakan dirumah beliau. Selepas dibangunkan sepanjang tahun, hari ini, CEO Facebook berkenaan secara ringkasnya berkongsi mengenai kecerdasan buatan yang dinamakan Jarvis berkenaan melalui sebuah video ringkas.
Jarvis ini dilihat lebih memfokuskan kepada memudahkan pengguna berinteraksi dengan peranti berhubung dalam rumah, selain pada masa yang sama turut membolehkan pengguna menyemak kalendar, dan beberapa perkara asas.
Daripada contoh yang dipertontonkan, Mark memperlihatkan kebolehan untuk membuka lampu, menyemak kalendar, mengetahui keadaan anak di bilik lain, membuat panggilan video, membuka pintu untuk mereka yang dikenali, memainkan lagu, dan sebagainya.
Video yang diperlihatkan oleh Mark adalah lebih kepada contoh, dan ia menggunakan suara Morgan Freeman, selain beberapa suara artis lain.
Sebuah bot Facebook Messenger turut dibangunkan Mark untuk turut mengawal Jarvis ini.
Mark Zuckerberg sendiri berkongsi mengenai proses pembangunan ini melalui artikel khusus di Facebook.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hS3V32
Post a Comment