Jawapan Balas Fattah Amin Kepada Kenyataan Neelofa
Jawapan Balas Fattah Amin Kepada Kenyataan Neelofa
Fattah Amin menjadi bahan bualan ramai apabila dikatakan ‘curang’ dengan Neelofa bersama wanita lain.
Setelah berdiam sebelum ini, Fattah Amin akhirnya menjawab kenyataan Neelofa itu.
Ini kenyataan dari Fattah Amin melalui portal AstroGempak:
“Salam semua. Di kesempatan ini saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang terus menerus daripada semua pihak media.
“Berkenaan permintaan komen balas ke atas kenyataan Neelofa, sejujurnya saya tidak mahu membuat kenyataan untuk memanjangkan lagi isu ini.
“Pada pandangan saya, setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan sentiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian yang berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji.
“Apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya memohon semua peminat terus mendoakan saya terus kuat untuk melalui proses ini.
“Untuk perkembangan kerjaya saya yang terkini, saya bakal menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada semua peminat pada awal Januari nanti.
“Diharap anda semua akan terus menyokong kerjaya seni saya dalam menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Sekian, terima kasih,”
Bagi Fattah Amin ini semua hanyalah dugaan untuknya. Namun kenyataan ini masih tidak menjawab perkara sebenar yang berlaku. -PENMERAHDOTCOM
The post Jawapan Balas Fattah Amin Kepada Kenyataan Neelofa appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment