Ramai Pelik Kenapa Kena Tukar ‘Bank Card’? Kalau Tak Tukar Apa Jadi? Ini Jawapannya..
Ramai Pelik Kenapa Kena Tukar ‘Bank Card’? Kalau Tak Tukar Apa Jadi? Ini Jawapannya.. |Tukar kad bank. In case kalau ada yang masih tak ketahuan punca bila tengok orang dok hingaq pasal nak kena tukar kad bank tu, meh sini nak share dengan hangpa apakebendanya.
Macam ni. Kita sekarang dah tak nak pakai payment yang signature-based. Sebagai ganti, kita akan guna PIN (6 digit).
Sebab tu bank suruh tukar kad-kad yang kita ada. Tak kisahlah debit card ke, credit card ke, charge card ke, semua kena tukar. Kalau perasan, sekarang ni merata-rata ada kempen “PIN & PAY” ni.
Kenapa kena tukar?
Main reason adalah untuk enhance security. Diorang nak kita pakai chip baru kat kad. Lebih canggih dan selamat daripada chip yang ada sekarang. Dan bukan bank-bank Malaysia saja yang buat migration ni. Kat overseas dah implemented for quite some time jugak.
Kenapa taknak pakai signature dah?
Sebab, kalau kita perasan, kebanyakan cashier tak verify pun signature kita masa kita bayar pakai kad. Buat muka confident sikit, tenyeh-tenyeh, bila dapat kat dia balik terus dia senyum cakap terima kasih.
Kalau isi minyak, langsung tak ada verification. Swipe, terus boleh pam.
Bahaya kan? Jadi, untuk elakkan orang lain senang-senang je nak guna kad kita, BNM wajibkan start Jan 2017, kena pakai sistem PIN. Maknanya lepas ni, tak payah signature. Kita masukkan kad sendiri, then kita tekan PIN kita. Even cashier pun tak boleh tengok apa yang kita tekan.
Timeline.
Sebenarnya dari awal tahun lagi bank-bank dah mula promote sikit-sikit. Dah mula create awareness. Dan dua tiga bulan kebelakangan ni memang boleh kata semua bank dah mula aggressive dalam kempen diorang. Tapi biasalah kita ni. Memang suka last-last minit macam ni baru nak kelam-kabut kan? Hehe.
Justeru, siapa yang masih belum tukar lagi, silalah tukar secepat yang mungkin. Hari ni dah 16/12/2016 dah. Tinggal lagi setengah bulan je sebelum PIN & PAY ni start.
Kalau tak tukar jadi macamana?
Sebenarnya kad tu masih boleh digunakan lagi. Dan duit kita dalam bank tu tak hilang pun. Tapi leceh kat kita balik la nanti.
Sebab start 1/7/2017, memang nak jalan full swing dah sistem ni. Masa tu memang langsung tak boleh pakai dah kad lama. Maknanya, macamana pun kita still kena tukar jugak kad kita. Sebab tu Bank Negara tak bagi bank-bank charge apa-apa bayaran untuk customer yang tukar kad sekarang. In a way, untuk encourage kita tukar siap-siap, tak payah tunggu last minute.
Oh btw, lepas ni dah takde ATM kad. ATM kad tu akan automatic tukar jadi debit card. Maknanya boleh pakai kad yang sama untuk payment yang ada terminal sebab debit card ni terus link ke savings account kita.
Untuk credit card, haritu bank pos je kad aku. Dah dapat, contact bank untuk activate. Untuk debit card pulak, mostly rasanya kena pergi branch tukar sendiri.
Ya, aku tau. Malas gila nak pergi branch. Tapi just nak bagitau, kebanyakan bank (if not all), extend their working hours untuk facilitate card replacement process ni. Check balik sampai pukul berapa bank korang buka. Yang buka masa weekend pun ada.
Dan ada juga bank yang buat initiative untuk letak kiosk for card replacement ni. Maknanya tak payah pergi branch pun boleh. Buat sendiri je. Sila google bank mana yang offer kiosk macam ni.
Ok, ada satu lagi issue yang aku nampak berlegar kat social media.
Contactless card.
Rasanya kad baru ni semua dilengkapi dengan features yang canggih — kita hanya perlu touch/wave saja untuk buat payment.
Secara praktikalnya, kita tak payah bagi orang lain pegang kad kita langsung. Just touch, atau pun wave di terminal tu. Dan siap payment kita.
Ada yang argue, kalau macam tu, instead of selamat, lagi bahayalah kalau orang datang ‘tap’ kad kita tanpa kita sedar?
Ok. Memang ada risiko untuk fraud yang macam tu. Memang boleh berlaku. I won’t deny that. Tapi in reality, tak semua orang cekap nak menipu macam Joon Jae. Ya, kita perlu berhati-hati, tapi jangan terlampau panic bila tengok video yang ‘nampak macam senang gila’ nak buat wireless pickpocket tu.
First, device or whatever benda yang nak tap kad kita tu, kena betul-betul dekat dengan kad kita. By industry standard, it will take about 5 cm. Tapi normal practice, selalunya kena dalam jarak kurang dari 2 cm.
Maknanya memang dia kena dekat gila-gila dengan kita, baru boleh tap. Kita pun, kalau dah tengok orang dok menyendeng-nyendeng lain macam kat kita tu, alert la sama. Takkan nak tegak macam tu je? Kalau bukan sebab kad, boleh jadi jugak kes sexual harrasement. Kan?
Even dia tu gigih jugak nak menyempit dekat kita dan ‘berjaya’ tap card kita, tak banyak info yang dia dapat melalui cara tu. Nombor kad, expiry date and maybe nama kita — benda yang memang tertera atas kad anyway.
Dan kalau dengan info yang sangat limited ni pun dia tetap nak clone kad kita, dia ada satu lagi masalah — chip. Which berbalik semula kepada main reason kenapa kita kena tukar kad (untuk upgrade chip sekarang).
Jadi setakat 2-3 info yang dia dapat tadi, sebenarnya taklah berguna mana sangat for the fraudsters (setelah bersusah payah usung device yang quite bulky tu sana-sini, dengan risiko kantoi masa nak menyempit dekat kita lagi).
Kalau korang perasan, belakang kad tu ada tiga lagi digit (kita panggil CVV code) yang dia takkan boleh dapat melalui cara tap. CVV ni printed. Dia tak emboss macam nombor kad kat depan tu. Kaki shopping online mesti familiar bila nak buat purchase, selain nombor kad, kita kena isi jugak nombor CVV ni untuk verification.
Jadi, walaupun dia berjaya tap kad kita, dia takde PIN (sebab kita hafal), physical card pun takdak, CVV pun taktau, billing address takdak, banyak lagi info yang tak lengkap. Sebab info-info ni takkan dapat kalau setakat tap saja.
Satu lagi, contactless payment ni ada limit. Kalau aku tak salah, it is capped at RM250.
Kalau lebih RM250, definitely the payment will require the PIN. Bahasa mudahnya, contactless payment ni adalah untuk kita bayar barang-barang runcit saja, bukan untuk beli barang yang value tinggi.
Tapi, katalah mamat tu gigih jugak nak tap kad kita, ada satu lagi point penting yang kita kena tau. Point yang paling penting perhaps.
Bila kita sedar ada fraud, jangan panic, terus bagitau bank.
And guess what?
Bank aku refund balik amount tu pada kita.
What does this mean actually?
Sebenarnya, risiko fraud ni lebih kepada pihak bank berbanding pihak kita.
Bandingkan kalau duit kita yang kena curi tu dalam bentuk ‘cash’, ada siapa-siapa tak yang sudi nak refund balik pada kita?
Takde. Gone.
Tapi dengan penggunaan cashless payment ni, kita akan dapat refund balik kalau berlaku kecurian. Bank yang akan tanggung.
Nonetheless, statistically, Visa claimed levels of card fraud have plummeted since the contactless card has been introduced. All of the built-in security features make contactless technology unattractive to fraudsters. Percentage fraud yang involved dalam contactless card ni adalah sangat-sangat minimal.
Ok?
So, jangan risau lebih-lebih sangat. Sebelum kita terfikir benda-benda ni, orang yang dalam bidang ni dah fikir siap-siap dah macamana cara nak atasi. Relax. Sangka baik dengan orang. Bukan semua benda kat dunia ni ada niat jahat kat kita. Don’t you feel tired to play victim all the time?
Satgi ada la yang komen kata aku ni optimistic sangatlah, suka sugar-coat lah, yang tu terpulanglah. Aku pun taktau nak jawab macamana.
Kalau tak pakai Chip & PIN ni pun, boleh jugak aku nak argue how safe is your credit card bila hang bagi kat waiter lepas makan tu? Kalau nak ikut, boleh ja dia pi balun swipe ntah apa-apa n tiru signature hang, sementara hang dok lap-lap mulut kat meja tunggu bil. Macamana pulak dengan yang depa kata ada device kat ATM yang telan kad kita tu? Adakah kita terus tak pakai kad ATM?
So, kalau nak cakap pasal risk, semua benda pun boleh kait. Jadi, berpada-padalah kalau nak ‘critical’ pun.
Sumber: Faiz Pire Via Says
P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……
The post Ramai Pelik Kenapa Kena Tukar ‘Bank Card’? Kalau Tak Tukar Apa Jadi? Ini Jawapannya.. appeared first on BISKUTMANIS.
Kredit : BISKUTMANIS
Post a Comment