Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak Di Tangkap Atas Cubaan Letupkan Bom - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak Di Tangkap Atas Cubaan Letupkan Bom

Kanak-kanak Di Tahan Atas Cubaan Letup Bom

 

letup
Seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 12 tahun ditangkap selepas dikenal pasti sebagai suspek kepada dua cubaan meletupkan bom paku di dua lokasi berasingan, di Jerman.

Menurut laporan Metro.co.uk, kanak-kanak lelaki itu ditangkap apabila polis menerima laporan daripada pemberi maklumat yang melihat kejadian tersebut .

Dikatakan Kanak-kanak tersebut telah meletakan beg sandang berisi bom paku di dewan bandar Ludwigshafen pada 5 Disember lalu sebelum meninggalkan lokasi berkenaan.

Gerakan pasukan khas bergegas selepas menerima maklumat itu sebelum bertindak mematikan bom tersebut di lokasi.

Kanak-kanak tersebut ditahan sebelum berjaya dikaitkan dengan satu lagi insiden hampir sama yang berlaku pada 26 November lalu di lokasi berlainan di bandar terbabit.

Menurut jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Persekutuan di Karlsruhe mengesahkan penahanan tersebut dan mengatakankes itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Walaubagaimanapun pihaknya masih enggan mengulas lanjut apabila diminta mengulas tentang IS yang mungkin berkaitan dengan kes itu.

Difahamkan lagi, kanak-kanak itu dipercayai pernah membuat perjalanan ke Syria pada musim panas lepas untuk menyertai pasukan tentera di sana.

The post Kanak-kanak Di Tangkap Atas Cubaan Letupkan Bom appeared first on PenMerah.com.



Penyumbang : PenMerah.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.