Punca Letupan Note 7 Kini Diketahui Samsung Tetapi Belum Bersedia Dikongsi Kepada Umum
Samsung mengumumkan mereka akan berkongsi punca letupan melanda Galaxy Note 7 sebelum berakhirnya 2017. Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi sebelum annus horribilis Samsung ini berakhir. Menurut laporan media Korea Selatan, Samsung akhirnya menemui punca sebenar peranti mereka meletup tetapi masih belum bersedia untuk berkongsi penemuan mereka kepada umum.
Sebaliknya mereka hanya akan berkongsi maklumat dengan makmal ujian UL dan Korea Testing Laborotary. Ini adalah langkah bagi memastikan punca yang ditemui kali ini ialah punca sebenar masalah yang mengakibatkan kerugian mencecah $5 Billion (~RM 23 Billion) kepada Samsung. Sebelum ini bateri keluar Samsung SDI dipersalahkan tetapi masalah terus berlaku sehingga peranti akhirnya ditarik dari pasaran.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hQMgZZ
Post a Comment