Super Mario Run Menggunakan Jumlah Data Yang Tinggi Untuk Dimainkan
Super Mario Run hadir untuk peranti iOS secara rasmi semalam. Permainan yang amat dinantikan ini dengan pantas muncul sebagai peranti paling popular iOS dengan hampir 3 Juta muat turun. Seperti kami laporkan sebelum ini, permua ini memerlukan sambungan internet sepanjang masa sebagai langkah mengelakkan cetak rompak.
Apa yang tidak diberitahu oleh Nintento ialah berapakah jumlah data yang diperlukan. Laporan awal dari pemain menunjukkan penggunaan mencecah 75 Megabyte untuk setiap jam permainan. Anda boleh menghabiskan 1 Gigabyte kuota data dalam masa kurang 13 Jam. Jadi kepada mereka tidak mempunyai kuota data yang tinggi, anda dinasihatkan hanya memainkan Super Mario Run apabila mempunyai sambungan WiFi tanpa had seperti di rumah.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hIbdU7
Post a Comment