Hi! Welcome Back and Stay Tune! Alibaba Menjadi Salah Satu Penaja Utama Sukan Olimpik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Alibaba Menjadi Salah Satu Penaja Utama Sukan Olimpik

Alibaba Group Holding hari ini telah mengumumkan kerjasama untuk menjadi penaja utama Sukan Olimpik sehingga ke tahun 2028 kelak, sekaligus membolehkan mereka mempromosikan perniagaan perkomputeran awan yang dimiliki mereka pada pentas antarabangsa.

Penajaan ini sekaligus meletakkan Alibaba bersama-sama pelbagai jenama terkemuka lain seperti Coca Cola dan Samsung Electronics. Melalui penajaan ini, firma internet dari China ini akan menawarkan perkhidmatan perkomputeran atas-talian, selain analisa data untuk sukan antarabangsa berkenaan, disamping turut menyediakan laman jual beli untuk menjual cenderamata rasmi. Dan, Alibaba juga akan membangunkan saluran video atas-talian untuk penonton di China.

Alibaba sebelum ini telah merancang untuk mempromosikan perniagaan awan mereka – seumpama penawaran Amazon AWS – pada peringkat antarabangsa, dan menjana sebahagian daripada pendapatannya pada peringkat global. Walaubagaimanapun, sehingga kini, pendapatan utama untuk perniagaan perkomputeran awan Alibaba masih daripada China.

Dengan kerjasama Olimpik ini, ia dijangka akan dapat mempromosikan perkhidmatan Alibaba berkenaan pada peringkat antarabangsa, selain pada masa yang sama mempertontonkan kepada orang ramai kebolehan platform mereka.

Alibaba dijangka akan memulakan promosi berkaitan bermula daripada Sukan Olimpik Tokyo pada 2020 ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iW82L4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.