Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Berkongsi Fungsi Baru Melalui Kemaskini Nougat Untuk Galaxy S7 Dan Galaxy S7 Edge - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Berkongsi Fungsi Baru Melalui Kemaskini Nougat Untuk Galaxy S7 Dan Galaxy S7 Edge

Samsung hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan kemaskini Android Nougat untuk telefon pintar Galaxy S7 dan juga Galaxy S7 Edge. Bersama-sama pengumuman berkenaan, pihak Samsung turut berkongsi mengenai ciri-ciri baru yang hadir bersama-sama peranti berkenaan.

Salah satu perubahan utama yang hadir adalah daripada rekaan dan ciri astetik untuk Quick Panel dan talam notifikasi. Ia kini tampak lebih tersusun, selain memudahkan pengguna untuk mencari apa yang diingini terus menggunakan S Finder.

Samsung Nougat

Disamping itu, Multi-Window dikemaskini, membolehkan anda mengakses dua aplikasi pada waktu yang sama dengan membahagi skrin. Disamping itu, Samsung mengatakan kini mereka menyertakan sokongan pop-up tetingkap untuk membuka sehingga lima tetingkap pada sesuatu masa.

Samsung turut menambah Performance Mode yang menawarkan pengoptimasian tambahan dan kuasa pemprosesan tambahan untuk digunakan pada telefon pintar berdasarkan kepada penggunaan. Empat mod disediakan, iaitu yang dioptimasikan, Game Mode, Entertainment Mode, dan juga High Performance.

Samsung Pass turut disediakan bersama-sama kemaskini ini yang membolehkan pengguna menyimpan data untuk digunakan ketika mengakses melalui Samsung Internet. Walaubagaimanapun, ciri ini hanya terhad untuk pengguna dibeberapa negara sahaja.

Samsung turut menekankan yang mana kemaskini Android 7.0 Nougat akan hadir pada pertengahan pertama 2017 ini untuk Galaxy S6, Galaxy S6 Edge, Galaxy S6 Edge Plus, Galaxy Note5, Galaxy Tab A, Galaxy Tab S2, Galaxy A3 dan juga Galaxy A8.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jc0VM1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.