Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nokia 150 Dengan Bateri Bertahan Sehingga Hampir Sebulan Kini Di Malaysia – Berharga RM159 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nokia 150 Dengan Bateri Bertahan Sehingga Hampir Sebulan Kini Di Malaysia – Berharga RM159

HMD Global telah sedia melesenkan jenama Nokia untuk penggunaan pada telefon bimbit dan pintar, dan telah memperkenalkan Nokia 150 dan Nokia 6 sebelum ini. Kini, peranti pertama mereka, iaitu Nokia 150 telah pun memasuki pasaran tempatan dan sudah boleh didapati daripada para pengedar tempatan seluruh negara.

Nokia 150

Nokia 150 merupakan sebuah telefon bimbit yang hadir dengan skrin berwarna bersaiz 2.4-inci dan papan kekunci bernombor. Melaluinya, pengguna boleh melakukan pelbagai tugasan asas – dan dengan penyertaan bateri yang mampu bertahan sehingga hampir sebulan, peranti ini merupakan salah satu peranti yang boleh menjadi telefon kedua anda, terutamanya sekiranya anda bertugas di luar sepanjang hari.

Nokia 150 ini turut menyertakan sokongan radio FM, pemain MP3, dan kamera VGA dengan sokongan lampu LED. Di Malaysia, ia ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih, serta dijual pada harga RM159.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iWO6aP

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.