Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Membeli Fabric Daripada Twitter - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Membeli Fabric Daripada Twitter

Google tidak membeli Twitter, tetapi mereka membeli beberapa bahagian daripada Twitter. Diumumkan hari ini, Google bersetuju untuk membeli Fabric, iaitu salah satu bahagian milik Twitter yang menawarkan perisian dan kemudahan untuk pembangunan aplikasi mudah-alih. Seperti biasa, nilai transaksi tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.

Untuk Twitter, dengan menjualnya kepada Google, ia mengurangkan lagi tekanan kewangan yang dihadapi oleh syarikat berkenaan, sementara untuk Google pula, pengambil-alihan ini akan menarik lebih ramai pembangun ke platform mereka, selain mengintegrasikannya bersama-sama pelbagai perkhidmatan awan milik Google.

Google Fabric

Sebagai sebahagian daripada pengambil-alihan ini juga, Google turut mendapatkan Crashlytics daripada Twitter – iaitu salah satu kemudahan untuk memantau kadar kegagalan sesuatu perisian.

Peralihan Fabric daripada Twitter ini juga membawa kepada pengecilan lagi syarikat media sosial berkenaan. Sebelum ini, Twitter turut telah menamatkan Vine, salah satu produk memfokuskan video daripada mereka. Ia dikatakan, sebelum ini, Google telah berbincang untuk pengambil-alihan Twitter, tetapi tidak mencapai kata putus untuknya.

Google dijangka akan mengintegrasikan pelbagai perkara didalam Firebase – salah satu platform memfokuskan pembangun daripada Google.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iUaxgI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.