Hi! Welcome Back and Stay Tune! Monitor Samsung CFG70 Quantum Dot Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 1699 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Monitor Samsung CFG70 Quantum Dot Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM 1699

Menurut Samsung teknologi Quantum Dot akan memberikan kualiti gambar yang lebih tinggi berbanding OLED. Oleh itu monitor berkemampuan tinggi yang mensasarkan pemain komputer tegar Samsung CFG70 dilancarkan di Malaysia hari ini. Dua model dibawa masuk dengan saiz skrin 24″ dan 27″. Kedua-dua monitor menyokong resolusi 1920 x1080 pixel, refresh rate 144 Hz dan skrin lengkung 1800 R. Penggunaan panel Quantum Dot meningkatkan kemampuan memaparkan warga berbanding panel LCD biasa.

Kelebihan CFG70 terletak pada rekaan leher yang boleh dilaraskan pelbagai arah. Ia bukan sahaja boleh mendongak malah berputar 180 darjah dan menunduk bagi membolehkan fon kepala disangkut. Selain daripada itu ia menyokong fungsi FreeSync AMD bagi mengelakkan masalah screen tearing. CFG70 24″ dijual pada harga RM 1699 manakala versi 27″ dijual pada harga RM 2099. Pratempahan boleh dilakukan dari 19 sehingga 26 Januari menerusi portal rasmi Samsung di Lazada. Penjualan secara luar talian pula akan bermula pada 27 Januari di kedai terpilih.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jaRFaZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.