LG Turut Menjadualkan Pengumuman Peranti Baru Pada 26 Februari – LG G6?
Bersempena dengan Mobile World Congress yang menjelang tiba, sejumlah syarikat telah sedia menjadualkan acara media mereka. Terkini, pihak LG turut telah mengumumkan acara mereka tersendiri, yang turut dijadualkan pada tarikh 26 Februari 2017 ini.
Mengikut desas-desus sebelum ini, LG dijangka mengumumkan LG G6. Mereka sendiri telah hadir dengan video teaser ringkas yang memperlihatkan ia mungkin turut hadir dengan sokongan kalis air. Penyertaan sokongan kalis air juga secara tidak langsung mengukuhkan yang mana peranti berkenaan tidak akan menyertakan sokongan modular seperti pada LG G5 sebelum ini.
Bercakap mengenai tarikh 26 Februari sendiri, kita telah sedia melihat Huawei dan Nokia menjadualkan pengumuman pada tarikh sama. Mungkin ia suatu yang menarik untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh setiap jenama terkemuka ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jc0nG0
Post a Comment