Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jamal Sahut Cabaran Azmin! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jamal Sahut Cabaran Azmin!

Pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyahut cabaran Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila menawarkan resortnya untuk mangsa banjir.

Jamal yang dihubungi, berkata beliau menawarkan penginapan itu kepada mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Dewan Seri Bernam, untuk menginap di resortnya itu, mulai malam semalam.

Katanya, beliau juga menanggung sepenuhnya makan minum 150 mangsa daripada 43 keluarga yang terjejas akibat banjir sepanjang mereka berada di resort miliknya di Sekinchan.

Pada masa sama, katanya, mana-mana mangsa yang mempunyai anak kecil pula turut diberikan wang RM200 sehari bagi keperluan harian seperti membeli lampin pakai buang dan susu.

“Saya melawat mangsa banjir di pusat pemindahan itu petang semalam dan bersimpati melihat keadaan mangsa banjir yang sudah empat hari berada di sana. “Mereka berada dalam keadaan tidak selesa terutama ibu yang menyusukan anak,” katanya.

Beliau berkata, lima kenderaan juga disediakan untuk membawa mangsa yang mahu berpindah dari pusat pemindahan ke resortnya. Jamal turut memuat naik gambar lawatannya ke pusat pemindahan Dewan Seri Bernam di akaun laman sosial Facebook miliknya.

Difahamkan, lima mangsa daripada dua keluarga berpindah ke resort berkenaan dari Dewan Seri Bernam sejak malam tadi. Mereka termasuk seorang wanita warga emas dan seorang ibu tunggal empat anak yang mempunyai seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU) yang diberikan satu bilik percuma termasuk makan dan minum.

Rabu lalu, Mohamed Azmin menempelak tindakan Jamal membawa set katil bujang ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai tanda protes terhadap kegiatan rumah urut dan perjudian di Selangor.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata, Jamal seharusnya menghantar set katil itu kepada mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan banjir ketika ini.

The post Jamal Sahut Cabaran Azmin! appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.