Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perniagaan Telefon Pintar Microsoft Mencatatkan Penurunan Perolehan Sebanyak 81% - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perniagaan Telefon Pintar Microsoft Mencatatkan Penurunan Perolehan Sebanyak 81%

Umum diketahui tahun lalu buat pertama kali dalam sejarah iPhone, jumlah jualan menurun. Saingan dari pengeluar lain dengan harga jualan lebih mampu milik memberikan saingan kepada Apple terutamanya di pasaran China. Kegagalan mencapai sasaran jualan menyebabkan gaji Tim Cook dipotong sebanyak beberapa juta Dollar. Penurunan jualan Apple ini sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada Microsoft.

Laporan kewangan untuk suku ke-empat 2016 Microsoft menunjukkan bahagian perniagaan telefon pintar  mencatatkan penurunan perolehan sebanyak 81% berbanding suku yang sama tahun 2015. Pada suku ke-empat 2015 hampir 5 Juta peranti berjaya dijual. Ini bermakna kurang 1 Juta telefon pintar Microsoft terjual pada suku yang sama tahun lalu.

Apa yang berlaku ini adalah dijangka kerana Microsoft tidak menumpukan perhatian kepada bahagian telefon pintar mereka tahun lalu. Tahun ini mereka akan cuba bangkit dengan ura-ura pelancaran peranti Microsoft Surface Phone. Pasaran peranti pintar sekarang dikuasai Android dan iOS. Adakah Surface Phone akan akhirnya memecahkan duopoli ini? Jawapan akan diketahui apabila ia dilancarkan kelak.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.