Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir Dalam Dilema Dan Jadi Hipokrit Selepas Pendedahan Dokumen CIA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir Dalam Dilema Dan Jadi Hipokrit Selepas Pendedahan Dokumen CIA

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata pendedahan terbaharu berhubung skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan kerugian tukaran wang asing Bank Negara Malaysia meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keadaan begitu pelik.

Beliau berkata tulisan terbaharu bekas perdana menteri itu mengenai isu tersebut dalam blognya mendedahkan sikap hipokrit dan dolak-dalik beliau.

“Dengan cubaannya untuk menjelaskan isu berkenaan dan menganggapnya sebagai tiada benda, ia jelas mendedahkan hipokrasi dan kepura-puraan beliau.

“Ini adalah kesimpulan yang setiap orang boleh buat dengan sikap sangat bertahan dalam posting chedet.com,” kata Salleh dalam blognya malam tadi.

Beliau berkata tanpa boleh dipersoalkan, laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) menunjukkan kebertanggungjawaban Dr Mahathir dalam kehilangan mega bilion yang dialami negara.

Salleh berkata sebagai biasa, Dr Mahathir menyalahkan orang lain kecuali dirinya bagi bencana kewangan yang disebutkan itu.

Beliau berkata skandal tersebut membuatkan Dr Mahathir orang terakhir yang paling layak dan cukup berwibawa untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi meletak jawatan dengan menggunakan pakai alasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sementara Mahathir enggan menerima tanggungjawab kepada skandal BMF dan tukaran wang asing, beliau menggunakan isu 1MDB sebagai alasan untuk menjatuhkan perdana menteri.

“Kebenarannya ialah 1MDB telah disabotaj untuk dijadikan satu masalah dan ia bermula dengan sabotaj terhadap IPO (tawaran permulaan awamnya),” katanya.

The post Mahathir Dalam Dilema Dan Jadi Hipokrit Selepas Pendedahan Dokumen CIA appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.