Hi! Welcome Back and Stay Tune! Seagate Dijangka Hadir Dengan Cakera Keras Sehingga 16TB Menjelang 2018 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Seagate Dijangka Hadir Dengan Cakera Keras Sehingga 16TB Menjelang 2018

Dengan perkembangan arena perkomputeran, ruangan storan yang diperlukan juga semakin besar – apatah lagi dengan kandungan pada resolusi tinggi yang menggunakan lebih banyak ruangan storan. Beberapa cakera keras dengan ruangan lebih 10TB sedia di pasaran, dan terkini Seagate menyasarkan untuk hadir dengan cakera keras sehingga 16TB dalam tempoh 18 bulan akan datang.

Buat masa ini, penawaran tertinggi Seagate adalah dengan ruangan storan 10TB, selain mereka turut sedang menguji cakera keras 12TB dengan teknologi helium. Walaupun bersaiz storan besar, namun, saiz fizikalnya masih adalah pada 3.5-inci, membolehkan ia digunakan pada pelbagai desktop sedia ada – mahupun pada pelayan.

Jikalau dibandingkan, Samsung sedia menawarkan ruangan SSD sehingga 15TB, namun dari segi harganya ia sangat tinggi, mencapai lebih RM40K. Dengan penawaran HDD, ia mengatasi kos yang perlu dikeluarkan – terutamanya oleh pengusaha pusat data dan sebagainya.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.