Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Bantuan Banjir, Guru Besar Dianiaya Kerajaan PAS Kelantan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Bantuan Banjir, Guru Besar Dianiaya Kerajaan PAS Kelantan

Pemuda Amanah Kelantan mendedahkan kerajaan negeri telah mengambil tindakan keterlaluan terhadap seorang guru besar gara-gara menerima sumbangan Misi Bantuan Pasca Banjir inisiatif parti itu.

Ketuanya, Hazmi Hassan berkata, tindakan kerajaan diterajui Pas menurunkan pangkat guru besar itu sama seperti sikap kerajaan Umno selama ini terhadap golongan guru yang dianggap memihak kepada parti lawan.

“Hanya kerana menerima sumbangan banjir daripada Pemuda Amanah, seorang mudir (Guru Besar) ditukarkan kepada guru biasa. Dulu kata Umno zalim.

“Nah, sekarang kerajaan Pas Kelantan pula menzalimi seorang mudir hanya sebab menerima kedatangan Pemuda Amanah untuk menyerahkan sumbangan banjir kepada pelajar,” ujarnya seperti dipetik di akaun status Facebook beliau.

Mengulas lanjut, beliau turut membidas gejala politik kepartian melampau itu sekaligus menyeru supaya pengundi ‘mengajar’ Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Politik apakah ini? Parti ini perlu diajar pada PRU 14,” tegas Hazmi lagi.

Malaysia Dateline difahamkan Amanah menyampaikan sumbangan bantuan kepada pelajar di sebuah sekolah menengah agama di Rantau Panjang di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada 15 Januari lalu selepas kawasan itu terputus hubungan ketika banjir.

The post Kerana Bantuan Banjir, Guru Besar Dianiaya Kerajaan PAS Kelantan appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.