Hi! Welcome Back and Stay Tune! Robot Digunakan Di China Untuk Menangkap Dan Memarahi Pengguna Melintas Jalan Secara Haram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Robot Digunakan Di China Untuk Menangkap Dan Memarahi Pengguna Melintas Jalan Secara Haram

China ialah kuasa besar dunia yang bertanggungjawab menghasilkan lebih 60% produk yang dijual di dunia. Pada waktu yang sama sejak tiga tahun kebelakangan ini peranti pintar keluaran negara ini lebih banyak di pasaran Malaysia berbanding jenama lain. Dengan kata lain China kini juara teknologi dunia.

Di bandar Xiangyang, robot sudah mula digunakan bagi menggantikan anggota polis untuk menangkap pesalah yang melintas jalan raya secara haram. Di China terdapat masalah pejalan kaki yang melintas tanpa melihat lampu isyarat. Ia mengakibatkan kemalangan yang ngeri yang kemudian boleh ditonton in Youku.

Ia memberikan isyarat untuk berjalan apabila lampu bertukar hijau, memberikan nasihat keselamatan dan memarahi pengguna yang melanggar isyarat. Sistem kamera pada kepala robot merakam kesemua kesalahan jalan raya yang dikesan. Dengan pengenalan robot ini pihak berkuasa tempatan berharap kemalangan dapat dikurangkan. Pada waktu yang sama anggota polis manusia akan dapat mengurangkan diri dari terdedah kepada pencemaran udara yang tinggi di China.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2kD8tHZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.