Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Seppuku’ Ritual Tradisi Untuk Samurai Yang Ingin Mati Dengan Bermaruah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Seppuku’ Ritual Tradisi Untuk Samurai Yang Ingin Mati Dengan Bermaruah

Samurai memang terkenal dengan meletakkan maruah lebih tinggi dari nyawa sendiri. Samurai dalam bahasa mudah adalah askar untuk sesuatu pemerintahan Jepun dan samurai paling dipandang tinggi ketika zaman Edo (1603-1867).

Samurai berasal dari pemerintahan Heian sekitar tahun 710. Mengikut peraliran zaman, samurai semakin dipandang tinggi dan dianggap wira di Jepun dan mereka berada di kasta tinggi dalam sistem sosial di Jepun di antara abad ke 12 hingga ke 19.

Gambar sekumpulan Samurai dirakam oleh Felice Beato pada tahun 1862

Samurai kemudiannya berpegang kepada satu undang-undang dikenali sebagai bushido yang bermaksud hidup seorang pahlawan. Mereka perlu sentiasa mengikut undang-undang ini yang mementingkan ketaatan dan maruah sehinga mati.

Beberapa keping gambar yang ada diantaranya dirakam 130 tahun yang lalu menunjukkan bagaimana kehidupan sebenar sebagai seorang samurai. Dua gambar dalam set gambar ini adalah gambar samurai melakukan Harakiri atau Seppuku. Ianya dilakukan oleh seorang samurai jika mereka mahu mati secara bermaruah atau ditangkap oleh pihak musuh.

Kebiasaannya Harakiri akan dilakukan di depan orang ramai. Ianya dilakukan dengan samurai membenam pedang milik mereka ke dalam abdomen. Sungguh dahsyat bagaimana samurai sangat mementingkan maruah diri dan sanggup mati daripada hidup hina di mata orang awam.

Samurai bukan sahaja hebat bermain pedang. Mereka juga hebat bermain busur dan panah, lembing dan juga pistol. Mereka juga mempunyai costume yang tersendiri yang akan digunakan untuk pergi berperang. Ketika di zaman Edo, ketika Jepun sudah aman, kebanyakkan samurai bertukar menjadi cikgu, pelukis atau pegawai kerajaan dan mereka tidak lagi mementingkan ilmu bela diri ini.

Tetapi ketika Jepun diambil alih oleh Emperor Meiji pada tahun 1868, Emperor Meiji terus memadamkan kuasa istimewa Samurai dan samurai-samurai yang ingin terus berkhidmat dengan beliau perlu berkhidmat sebagai askar biasa dengan gaya moden.

Samurai kemudiannya digelar Shizoku, di mana hak mereka untuk membawa katana kini tiada lagi. Walaupun Emperor Meiji memadam kuasa samurai, samurai tetap diangkat tinggi oleh masyarakat Jepun sehingga kini. Pepatah Melayu biar pecah di perut, jangan pecah dimulut memang sangat sesuai dengan Samurai. Mereka lebih rela mati dari pecahkan rahsia tuan mereka. Respect.

P/S: Ada yang menyangkal kebenaran gambar harakiri ini kerana teknologi kamera 130 tahun yang lalu bukanlah seperti sekarang. Untuk sesebuah gambar itu cantik dan tidak bergegar, mereka perlu berdiri beberapa minit tanpa bergerak di depan kamera semasa gambar sedang dirakam. Adakah gambar ini sekadar lakonan atau memang benar? Hanya jurugambar gambar ini yang tahu.

Let's block ads! (Why?)





Sumber : VOCKET

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.