“Kak Ina Survived, Sampai Sekarang Dia Tekun Tak Berserah. Sangat Resilient Dan Tak Kenal Kebah”, Fynn Jamal Jadikan Kekuatan Zarina Zainuddin Sebagai Pemangkin Besarkan Anak Autisme
Setiap insan yang lahir ke dunia ini ada kelebihan, dan kebaikan yang tersendiri, tidak kiralah sama ada insan tersebut dilahirkan sempurna, atau tidak. Pasti akan ada nilai yang tidak dimiliki oleh yang lain, dan terbuku di dalam diri mereka.
Begitu juga dengan mereka yang mempunyai anak yang istimewa, seperti sindrom down, autism, mempunyai masalah dalam pembelajaran, atau lain-lain. Ibu bapa yang memiliki anak seperti ini, adalah insan yang terpilih, dan mereka kuat dalam menghadapi dugaan yang diberikan.
Seperti kita sedia maklum, artis, Zarina Zainuddin turut mempunyai anak kembar yang menghidapai autism, namun dia masih kuat dan tabah dalam membesarkan mereka. Disebabkan itu, Fynn Jamal yang turut mempunyai anak ‘austistic’, yakin dengan ketentuan yang diberikan, dan kita sebagai insan yang terpilih, seharusnya lebih kuat untuk membesarkan insan istimewa ini.
"Confirmed", kata psychiatrist yg diagnose juna. "he is autistic".
Minggu itu juga aku balik kampung jumpa abah ibu. sesekali menangis. bukan pasal tak redha anak kita disahkan tak normal-- tapi risau bila kita dah tak ada.
siapa nak jaga dia?
yang boleh kasih dia?
yang kalau dibela dari kecik mungkin boleh--
tapi kalau mummy daddy ajal masa dia umur 30 lebih usia--
atok nenek semua dah tak ada--
ada ke yang sudi layan budak kecik dalam jasad orang tua?
Kemudian pagi di rumah abah itu, ketika aku buka tv, aku nampak kak @zarinazainuddin_ sedang bercakap tentag anak kembarnya yang autistik: azal dan azil.
Aku paling ingat kata kak ina masa tu:
Wallahi bab itu betul-betul buat aku terpana. I know EXACTLY how it feels. risau siapa nak jaga dia.
Rasa nak mati.
But there she was on the tv screen-- talking about autism. masih bernyawa.
Susah--
Tapi bernyawa.
Oklah.
And it hits me.
Of course bila musibah datang, kita tergamam. Kita bukan umat terpilih yang bila datang permasalahan kita bersorak dan berterima kasih. it'll take a while-- tapi kita adapt dengan gigih.
At times bila kita rasa rebah, seru الله. minta tolong. Dengan yakin minta tolong. Tidaklah الله datang dari singgahsananya semata untuk kita, but he would respond from ways we choose to listen to his answer.
Kak ina survived. sampai sekarang dia tekun tak berserah. Sangat resilient dan tak kenal rebah.
she thought of death--
havent we all?
tapi dia masih tetap ada.
Dan kalau dia yang lagi susah pun boleh, takkan aku nak lemah? Kalau orang dengan anak terkujur pun boleh, takkan aku berserah? Kalau orang dengan anak dah ajal, takkan aku nak sentap marah?
Aku akan mati. semua akan mati. aku rancang macam mana pun untuk juna lepas aku mati-- SEMUANYA kerja الله. pandailah الله uruskan juna; pada siapa, hidup macam mana. aku patut tawakkal pada الله.
And that was what taught me that day kat rumah abah. pengajaran dari الله melalui kekuatan kak ina.
point aku adalah:
Dia sentiasa menjawab. Itu janji الله pada kita.
Kita ni-- tinggal sudi tak sudi dengar je.
- Siakap Keli
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment