Travel Sambil Bulan Madu Selama 400 Hari. Lihat Apa Pasangan Jepun Ini Kongsikan
Sewaktu pertama kali melihat video pasangan ini, terus hati saya teruja. Memang wow sangat cara mereka meluangkan masa bersama selepas berkahwin iaitu pergi berbulan madu selama 400 hari.
Pasangan dari Kyoto ini telah travel ke 48 buah negara sepanjang setahun lebih.
Menurut Kaz dan Mariko Yamaguchi, mereka mengambil keputusan untuk merakam pengembaraan mereka dengan menggunakan DJI Phantom 3 Advanced drone.
Apa yang menarik, Kaz bukanlah seorang yang mahir menerbangkan drone. Beliau hanya berlatih terbangkan drone beberapa kali sewaktu di Jepun selepas membuat menerima tempahan yang dibuat secara atas talian.
Menggunakan drone adalah pilihan terbaik buat mereka kerana ia dapat menjadi antara cara untuk mendekati masyarakat setempat di lokasi yang merela kunjungi.
Antara lokasi yang dikunjungi oleh pasangan ini adalah Ethiopia, Patagonia, hutan hujan Amazon, Palm Jumeirah di Dubai, padang garam Makgadikgadi di Botswana, the Rock of Guatapédi diColombia, dan Salar de Uyuni in Bolivia.
Dan di bawah adalah video menarik yang telah mereka kongsikan. Jom layan.
Baca lagi: Bulan Madu Dengan Cara Berbeza, Lihat Apa Pasangan Melayu Ini Lakukan Di Gunung Fuji
Sumber : VOCKET
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment