Selepas 48 jam Trump Masuk White House Inilah HABUAN Yang Israel Dapat !!!
Selepas 48 jam Trump Masuk White House Inilah HABUAN Yang Israel Dapat !!! | ISRAEL telah meluluskan 560 unit rumah tambahan yang akan dibina sebagai sebahagian daripada inisiatif penempatan haram di Timur Baitulmaqdis.
Pengumuman itu dibuat 48 jam selepas Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45.
Perkara tersebut mula tersebar selepas Radio Israel menemu bual Pengarah Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan Jerusalem, Meir Turgeman yang memberitahu, permit yang sebelum ini ditangguhkan telah lulus sebaik sahaja Barack Obama meninggalkan White House.
Selepas kelulusan baharu diberikan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memutuskan untuk menarik balik larangan ke atas pembinaan penempatan di Timur Baitulmaqdis.
“Tidak perlu lagi penyelarasan dan kini kita boleh bina di mana tempat yang kita mahu,” katanya dalam kenyataan yang dilaporkan Reuters.
Tambahnya, beliau mahu pembinaan penempatan Israel di semua wilayah Palestin.
“Kita telah duduki Palestin sejak 1967. Wawasan saya ialah untuk menggubal kedaulatan ke atas keseluruhan kawasan,” tambahnya.
Ketika hari-hari terakhir Barack Obama sebagai Presiden, beliau mengkritik usaha mengembangkan penempatan Israel atas alasan ia merosakkan keamanan serantau dan merencatkan usaha penyelesaian antara Israel dengan Palestin.
Obama turut terpaksa memberi penjelasan kepada Netanyahu berhubung Amerika Syarikat yang mengambil pendekatan berkecuali dan tidak memveto resolusi mengutuk penempatan haram.
Namun di sisi berbeza, Donald Trump mengambil pendekatan dasar Amerika Syarikat yang lebih dekat dengan Israel.
Kelulusan permit bangunan baru yang dikeluarkan pada Ahad menandakan pusingan ‘U’ dasar Washington ke atas Tel Aviv.
Sumber : Astro Awani
P.S. 1 – Ada Apa Dengan Brunei? Bila Tahu Inilah Keadaan Brunei Pasti Ramai Rasa Hendak Pindah Ke Brunei Sekarang !!!
P.S. 2 – Aku Selalu MERUNGUT Pada Suami Duit Belanja Tak Cukup. TINDAKKAN Suami Buat Aku MENANGIS Dan MENYESAL !!!
P.S. 3 – Korang Pernah Mimpi Tentang BAYI?? SERAM… Inilah Maksud Jika Selalu MIMPI Bayi !!!
P.S. 4 – ‘Uncle’ Ini TERINGIN Nasi Lemak Ikan Keli. Tindakkan ‘Uncle’ Ini Buat Peniaga Itu TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!
The post Selepas 48 jam Trump Masuk White House Inilah HABUAN Yang Israel Dapat !!! appeared first on SEMASA VIRAL.
from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2k74F2B
Post a Comment