Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ajal bersama: Suami isteri maut kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ajal bersama: Suami isteri maut kemalangan

Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat kemalangan di Pulai Chondong, dekat sini kira -kira jam 3.15 petang tadi.

Mangsa, Ghazali Seman, 72, dan isteri, Siti Fatimah Hamzah ,71, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kereta mangsa turut terbakar akibat kejadian tersebut namun kedua-duanya berjaya dikeluarkan orang ramai terlebih dahulu.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan,  Dzulkifli Abdul Ghani berkata, kereta jenis Charade yang dipandu mangsa dipercayai cuba membuat pusingan U sebelum bertembung dengan kereta jenis Volkwagen.

Katanya, kemalangan yang berlaku di kilometer 28.8 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai itu menyebabkan pasangan dari Jalan Kuari Bukit Buloh itu meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu  kereta Jenis Volkwagen  mengalami kecederaan ringan.

Tambahnya,  mayat  kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

“Kereta  yang dinaiki mangsa terbakar tetapi mangsa sempat dikeluarkan orang awam terlebih dahulu. Siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat dibawah Sek.41(1) APJ 1987,” katanya.

The post Ajal bersama: Suami isteri maut kemalangan appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p73u85

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.