Hi! Welcome Back and Stay Tune! 8 Kebaikan Kereta Berkuasa Elektrik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

8 Kebaikan Kereta Berkuasa Elektrik

SEPERTIMANA yang dimaklumkan oleh Seth Weintraub, pemilik laman web “elektrek” dari US berkongsi dengan pembacanya akan kebaikan kenderaan elektrik atau EV. Ingin tahu 8 kebaikan mempunyai kereta berkuasa elektrik? Jom teruskan membaca dibawah!

              8 Kebaikan Kereta Berkuasa Elektrik

1. Tidak perlu ganti brake pad

Seperti kebanyakan pemilik EV yang lain, Weintraub menggunakan kuasa geseran “regenerative braking” untuk memperlahankan kenderaannya. Kerana itu, pad brek beliau memang lambat haus atau kemungkinan besar, tak akan haus!

2. Lebih ruang

Kerana ia tidak ada enjin atau drive-train yang besar dan bateri boleh diletakkan di antara celahan kerangka, kereta EV mempunyai ruang kabin dan tempat letak barang yang jauh lebih luas.

3. Pemanas/pendingin hawa boleh dihidupkan dalam garaj

Kerana ia tidak ada enjin, Weintraub mampu menghidupkan alat pemanas di dalam kereta walaupun kereta berada di dalam garaj tertutup. Jika tidak, asap dari ekzos akan menyebabkan keracunan dan mampu membunuh.

4. Garaj atau tempat letak kereta lebih bersih

Disebabkan tidak ada asap dari eksoz, tempat letak kenderaan atau garaj tertutup lebih bersih dan tidak berjelaga.

5. Boleh menggunakan air-con tanpa pencemaran alam

Di negara maju, kenderaan tidak dibenarkan untuk menunggu sambil enjin dihidupkan. Ini bermakna air-con atau pemanas tidak boleh digunakan ketika menunggu orang yang sedang membeli belah.

6. Senyap

Weintraub berkata beliau sekarang mampu menikmati sistem audio kenderaannya dengan lebih baik kerana tiada bunyi enjin yang mengganggu.
Ini juga bagus kerana anda boleh mendengar apa yang berlaku di sekitar kenderaan EV anda.

7. Kesesakan jalan tidak menjadi masalah

Sekiranya anda tidak menggunakan pendingin hawa, EV yang tersangkut di dalam kesesakan lalulintas tidak akan menggunakan sebarang tenaga dan tidak akan melepaskan asap ke udara.

8. Perjalanan yang lancar

Oleh kerana tidak mempunyai gear atau sistem transmisi yang kompleks serta enjin untuk dioperasi, perjalanan dengan EV jauh lebih selesa kerana tidak ada “transmission slack” dan anda tidak ada klac untuk diganti!

Di Malaysia, kenderaan EV masih tidak banyak kerana promosi tidak dilakukan secara meluas, harga EV masih mahal dan tempat mengecaj tidak banyak lgi. Hanya mereka yang mampu akan membeli EV untuk digunakan di sekitar bandar.


✍ Sumber Pautan : ☕ INSPIRASI BLOGAQIEM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqXuoA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.