Biasanya Rambut Dipotong Menggunakan Gunting, Lelaki Ini Cipta Kelainan Gunakan Kapak Potong Rambut Di Salonnya
Zaman sekarang rata-rata lelaki dan wanita lebih suka untuk pergi ke salun untuk mendapatkan perkhidmatan profesional bagi penjagaan rambut mereka. Berbagai cara dan teknik yang dilakukan oleh pemilik salon untuk memenuhi permintaan pelanggan dan tak kurang juga mencari kelainan dalam perkhidmatan mereka dengan tujuan untuk menarik perhatian orang ramai.
Daniil Istomin, seorang penggaya rambut profesional daripada Rusia telah menciptakan kelainan yang luar biasa dalam perkhidmatannya dan mungkin tidak pernah lagi dibuat oleh orang lain di dalam dunia ini.
Jika sebelum ini beberapa pemilik salon menawarkan perkhidmatan mereka dengan menggunakan pencakar besi, api dan pedang untuk memotong rambut tetapi Daniil pula lebih selesa dengan caranya yang tersendiri apabila menggunakan kapak untuk memotong rambut.
Jika dipandang sekali imbas, kelihatan Daniil seolah-olah ingin menetak leher pelanggannya itu, tetapi itulah sebenarnya keistimewaan teknik yang penggaya rambut ini tawarkan menerusi perkhidmatannya.
Para pelanggan akan diminta meletakkan kepala mereka di atas meja sebelum Daniil bertindak memotong rambut pelanggannya menggunakan kapak yang amat tajam.
Melalui laporan Daily Mail, Daniil dikatakan telah merasa bosan dengan teknik yang sedia ada dan ingin menciptakan kelainan, lalu terinspirasi dengan cerita-cerita zaman dahulu kala apabila menggunakan kapak sebagai alatan utama dalam kehidupan seharian mereka.
Difahamkan, setelah Daniil melakukan eksperimen dalam jangka masa selama dua tahun, beliau amat yakin untuk menggunakan kapak sebagai alatan bagi menggayakan rambut untuk semua pelanggannya.
Menurut Daniil, kapak menjadikan kerjanya lebih senang dan mudah, bagi satu hayunan kapak bersamaan dengan sepuluh guntingan, jelas Daniil lagi.
Bagaimana dengan anda? Adakah anda berani untuk mencuba perkhidmatan lelaki ini? - Koleksi Viral
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pCcTWS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment