Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Sebenar Teori Konspirasi Kematian Avril Lavigne - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Sebenar Teori Konspirasi Kematian Avril Lavigne

Ramai yang tertanya-tanya, benarkah Avril Lavigne telah mati dan kini digantikan oleh seorang wanita bernama Melissa Vandella yang mirip dengannya yang juga merupakan kenalan atau kawan baik kepada Avril Lavigne. 

Kisah kematian Avril Lavigne kini berlegar di seluruh dunia dan rata-rata peminat beliau sedih dan berdukacita akan 'pemergiannya' dan tidak kurang juga menidakkan kisah kematiannya itu.

Kisah Sebenar Teori Konspirasi Kematian Avril Lavigne

Sebelum anda teruskan membaca, sila saksikan video teori konspirasi kematian Avril Lavigne di bawah ini.


Ikuti tulisan seorang lelaki mengenai teori konspirasi mengenai kematian penyanyi Avril Lavigne yang juga merupakan ikon "Punk Rock" antarabangsa.

Benarkah Avril Lavigne Sudah Mati Dan Kini Digantikan Oleh Wanita Seiras?
Kiri Avril, kanan Melissa. Skali imbas macam serupa kan?

Dua tiga hari ni viral dengan kes konspirasi kematian Avril Lavigne yang dikatakan telah digantikan dengan seorang makwe berwajah serupa ngan beliau yang diberi nama Melissa. So hari ni aku nak citer skit pasal konspirasi pelik dan fun ni ngan korang. Korang jangan gelabah dan takyah gaduh2. Santai je. Nama lagi konspirasi, layan je lah. Sebelum korang memekak macam kena histeria, izinkan aku terangkan apa maksud konspirasi. Konspirasi adalah rumour, yang ada bukti samar2, dan tidak boleh dipercayai 100% selagi belum terbukti kesahihannya. Memandangkan ni cuma benda lagha yang takde ilmiah, aku cadangkan korang baca sebagai hiburan saja.

Benarkah Avril Lavigne Sudah Mati Dan Kini Digantikan Oleh Wanita Seiras?
Tak pasti mana diorang korek gambar ni, tapi gambar ni dikatakan gambar Avril ngan Melissa hang out sama2

Sebelum aku teruskan, biar aku kenalkan dulu korang ngan makwe lejen ni. Beliau dilahirkan di Ontario Canada pada 1984 dan 1st album beliau ialah "Let Go" yang released pada 2002, masa tu umur Avril baru 18. So masa ni memang dia famous gilababi la sampai dia takleh handle paparazi. So Avril ambil keputusan untuk upah sorang makwe yang muka sebijik cam dia untuk cover bahagian paparazzi. Nama makwe tu iakah Melissa Vandella. Lama-kelamaan diorang ni jadi bestfriend. Satu sumber yang tak diketahui melaporkan bahawa ada satu hari kat studio, Avril ajar Melissa untuk menyanyi dan pose macam Avril.

Benarkah Avril Lavigne Sudah Mati Dan Kini Digantikan Oleh Wanita Seiras?
Why she'd do that? Coz melissa is her best friend. As simple as that.

Pada 2003, Melissa masih bekerja ngan Avril, dan masa tu Avril tengah busy ngan album kedua. Tapi malangnya, datuk Avril meninggal dunia dan Avril jadi tertekan sebab hilang tempat bergantung sebab dia paling rapat ngan datuk dia. Sejak tu, Avril jadi murung dan asyik kurungkan diri dalam bilik dan siapkan lirik2 lagu untuk album keduanya. Dan pastu lirik2 dan lagu tu smua siap, macam yang korang pernah dengar, banyak lagu Avril yang berunsur depressing, contohnya "Nobody's Home" dan "My Happy Ending".

Benarkah Avril Lavigne Sudah Mati Dan Kini Digantikan Oleh Wanita Seiras?
nobody's home lyrics yang dikatakan ada unsur2 depression dan mesej tersembunyi avril kepada semua org. Konspirasi cangaddd.

Benarkah Avril Lavigne Sudah Mati Dan Kini Digantikan Oleh Wanita Seiras?
My Happy Ending

Banyak kali jugak lagu2 ni direkodkan sebab Avril terlalu tertekan dan asyik menangis. Ada sumber lain mengatakan bahawa Avril turut pernah berfikir nak bunuh diri dan pernah cuba bunuh diri sebab terlalu sedih. Dan dikatakan pada hujung tahun 2003, Avril berjaya bunuh diri dengan cara menggantung diri. So kalau korang dah hidup zaman 2003 dan seterusnya korang akan prasan nama dia merata2 dan semua orang kenal this PUNK princess. So masa ni rating dia tengah tinggi, she was at the peak of her career jadi company Avril bercadang untuk diamkan pasal hal kematian Avril dan gantikan Melissa sebagai Avril. Masa tu album kedua Avril dah released, so diorang tak risau sangat pasal Melissa ni nak kena nyanyi.

Benarkah Avril Lavigne Sudah Mati Dan Kini Digantikan Oleh Wanita Seiras?
Tulisan lama Avril

Benarkah Avril Lavigne Sudah Mati Dan Kini Digantikan Oleh Wanita Seiras?
Tulisan baru "Avril"

Then, tiba2 pada 2007, "avril" (melissa) released album Best Damn Thing dan bawak watak serta gaya yang baru. Jadi kat bawah ni ada video konspirasi avril dan melissa yang dikatakan agak berbeza. (Tapi aku tengok sama je. Kah!) Dan dikatakan birthmark avril pon dah hilang and avril ada tattoo yang sama macam melissa. Dan bila benda ni tersebar, "avril" diinterview dan kelihatan agak cuak dan cuba buat joke mengatakan smua ni hoax dan sekadar konspirasi. Jadi bawah ni aku sertakan "bukti2" yang kononnya dakwaan Avril tu ialah Melissa dan Avril dah mati. Engkorang rasa?

Benarkah Avril Lavigne Sudah Mati Dan Kini Digantikan Oleh Wanita Seiras?
Melissa Vandella n Avril Lavigne

P/s : she just gained some weight come on lah. Jangan cakap engkorang terpedaya sudah
Notakaki : aku cuma ceritakan balik apa yg diorg duk heboh2, so korang yang disampuk syaitan lepas baca artikel ni mohon bawak2 bersabar.

Sumber: Khairul Yoi


Sumber Kisah Sebenar Teori Konspirasi Kematian Avril Lavigne

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ribwci

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.