Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pokok ancam nyawa pengguna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pokok ancam nyawa pengguna

Pengguna jalan raya dari Sungai Manik ke Kampar serta ke Pekan Langkap terdedah dengan bahaya apabila lima pokok jenis bungor dan durian di kiri kanan laluan Kampung Sungai Kucing Kunci Air 12 Head Work, di sini didapati telah reput malah akan tumbang pada bila-bila masa.

Penduduk, Fatimah Yusoff, 55, berkata, usia kelima-lima pokok itu mencecah lebih 50 tahun sementara tingginya pula lebih kurang 40 meter ditanam penduduk di atas tanah rizab jalan raya.

Menurutnya, dua pokok bungor didapati telah reput manakala tiga pokok durian pula dahan dan ranting sudah mati.

“Penduduk berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat segera menebang pokok berkenaan supaya tidak mengancam keselamatan orang ramai dan pengguna jalan raya.

“Saya dan jiran yang tinggal berhampiran pula sentiasa dalam kebimbangan setiap kali berlaku ribut kerana ditakuti pokok berkenaan tumbang menghempap rumah kami,” katanya kepada pemberita, di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Degong, Aziz Mohamad 60 bersama Setiausaha JKKK Degong Salamah Busran 49 telah melawat ke lokasi dimaksudkan dan mengatakan perkara itu akan disampaikan kepada pihak berkenaan.

Katanya, masalah tersebut akan diberikan perhatian segera kerana melibatkan keselamatan penduduk dan pemandu yang sering berulang alik dari Teluk Intan ke Ipoh atau sebaliknya.

The post Pokok ancam nyawa pengguna appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pNTrT5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.