Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak Kahwin Tp Takde Makwe. Akhirnya Dia IKTIKAF Kat Masjid. Apa Jd Seterusnya Amat MENGEJUTKAN !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak Kahwin Tp Takde Makwe. Akhirnya Dia IKTIKAF Kat Masjid. Apa Jd Seterusnya Amat MENGEJUTKAN !!!

Sekadar Gambar Hiasan.

Ada seorang kawan saya ni single lagi. Dia terfikir nak beli kereta Honda City. Rupanya dia nak beli Honday City tu untuk pikat perempuan!

Geram je saya nak bagitahu dia yang dia tak boleh buat camtu. Dia tak tahu ke kalau kita guna jaring ikan, maka yang biasanya yang terperangkap kat jaring tu adalah ikan je. Bila kita pakai jaring khas untuk udang maka kat jaring tu pun biasanya majoritinya udang je la yang berjaya ditangkap.

Camtu jugak kalau kita pakai harta untuk pikat perempuan. Maka biasanya perempuan yang gila harta je la yang akan terpikat nanti. Mungkin cantik fizikalnya. Mungkin bergaya lenggok jalannya. Mungkin lentik alis matanya tapi hubungan yang terbina atas cintakan harta tak boleh kekal lama. Ianya akan jadi hubungan hipokrit yang menyakitkan.

Saya teringat seorang kawan saya. Budaknya baik. Jenis tak reti nak pikat perempuan. Mak ayah orang susah. Jadi selama dia belajar dalam bidang Polymer Engineering kat salah sebuah IPTA tu dia cuma fokus belajar je dan tak pernah pun cuba pikat mana-mana perempuan.

Satu hari tu dia rasa nak kahwin. Dah sampai seru la kot ataupun ada la tu anasir-anasir nakal yang cuba ganggu gugat iman dia kan. Dia istikharah dan keluar iktikaf kat masjid. Akhirnya ada seorang pakcik yang offer anak dia kat kawan saya ni. Tak sampai beberapa bulan lepastu dia kahwin. Duit hantaran pun ada orang sanggup sponsor.

Lebih dasyat lagi bila dah kahwin rupanya isteri dia seorang perempuan yang sangat taat pada dia dan juga taat pada agama. Saya boleh lihat raut kegembiraan pada kawan saya ni setiap kali dia bercerita tentang isteri dia. Bersinar-sinar mata dia setiap kali dia sebut tentang isteri dia padahal dah lama kahwin.

Saya rasa dia dapat isteri berkualiti camtu sebab dia pakai jaring yang berkualiti untuk ‘perangkap’ isterinya. Dia hanya berusaha jadi orang yang baik, maka Allah temukan dia dengan orang yang baik. Begitu juga kalau kita tonjolkan kemewahan dan kemegahan untuk pikat kekasih hati. Maka yang terpikat adalah mereka yang gilakan dan dambakan harta kita je lah. – DR TAUFIQ RAZIF

P/S : Semoga kisah ni jadi teladan untuk kita semua ye. Yang penting, niat kena jaga.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qjZpNT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.