Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mamat didenda RM1000, mengaku ambil syabu pada 2011 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mamat didenda RM1000, mengaku ambil syabu pada 2011

Bekas vokalis kumpulan Exist, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor, semalam atas tuduhan mengambil dadah jenis syabu pada tahun 2011 lalu.

Mamat didenda RM1000, mengaku ambil syabu pada 2011

Mamat didenda RM1000, mengaku ambil syabu pada 2011

 

Majistret Noor Aisyah Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh setelah Mamat, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine (syabu) ke dalam badannya di pejabat Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, pada kira-kira pukul 3.30 petang, 21 Mac 2011.

Bagi perbuatan tersebut, penyanyi lagu Untukmu Ibu itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam bela, Arwa Abdul Rahman.

Terdahulu, Arwa dalam rayuan pengurangan hukuman, memohon hukuman ringan buat anak guamnya memandangkan pertuduhan yang dihadapkan adalah kes pada 2011.

“Anak guam saya ditahan pada 2011 untuk kes ini dan kini dia sudah bebas daripada penyalahgunaan dadah.

“Kini, Mamat bekerja sebagai jurujual jualan langsung dan turut menanggung tiga orang anak yang masih bersekolah berusia 11 hingga 15 tahun,” katanya.

Noor Aisyah kemudian menjatuhkan hukuman denda tersebut dan turut memerintahkan penyanyi itu menjalani pengawasan polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Mahkamah turut menetapkan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama lima bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.

Mamat membayar denda tersebut.

Sumber: Kosmo!

 

 

Via: AG



Sumber Mamat didenda RM1000, mengaku ambil syabu pada 2011

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qJBaKq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.