Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerana Satu Kek Hari Jadi Ibu, Empat Sekeluarga Dihalau Keluar Dari Pesawat Penerbangan JetBlue - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerana Satu Kek Hari Jadi Ibu, Empat Sekeluarga Dihalau Keluar Dari Pesawat Penerbangan JetBlue


Hanya disebabkan membawa satu kek hari jadi yang dibelikan khas untuk ibu tersayang, empat sekeluarga telah dihalau keluar daripada sebuah penerbangan, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian itu, keluarga berkenaan dipercayai menaiki penerbangan JetBlue daripada New York ke Las Vegas. Cameron Burke, seorang lelaki dan juga bapa kepada dua orang anak itu menjelaskan bahawa kek tersebut dibawa untuk sambutan hari jadi isterinya.

Ketika mereka berada di dalam pesawat terbabit, kek tersebut telah diletakkan di tempat yang sepatutnya seperti yang diarahkan oleh krew kabin iaitu di atas tempat duduk yang dikatakan tempat berkenaan adalah tempat untuk menyimpan barang-barang penumpang.

Walau bagaimanapun, kekecohan bermula apabila ada krew kabin yang mempertikaikan di mana kek tersebut disimpan yang menyebabkan berlakunya pertengkaran di antara mereka.

Selepas pertengkaran itu, empat sekeluarga berkenaan telah diarahkan oleh krew kabin supaya keluar daripada pesawat terbabit serta krew berkenaan turut menghubungi pegawai polis untuk meminta bantuan.

Apabila berhadapan dengan pegawai polis, keluarga tersebut menjelaskan punca pertengkaran dan salah seorang pegawai polis telah berpendapat bahawa keluarga Burke tidak membuat sebarang kesalahan seperti yang didakwa oleh krew kabin.

Agak mengejutkan apabila tindakan krew kabin telah mengarahkan kesemua penumpang pesawat tersebut keluar dan difahamkan tindakan krew kabin itu dikatakan adalah semata-mata untuk memaksa keluarga Burke juga turut keluar daripada pesawat setelah keluarga terbabit dikatakan enggan berbuat demikian.

Akhirnya, selepas kejadian itu keluarga Burke turut mendapat semula sejumlah wang bayaran tiket penerbangan yang dibelinya sebelum menaiki penerbangan JetBlue.

Menurut laporan itu, keluarga Burke kini telah bersedia untuk membuat pendakwaan terhadap syarikat penerbangan terbabit tetapi syarikat penerbangan JetBlue telah membuat tuduhan bahawa keluarga Burke tidak mematuhi arahan syarikat penerbangan berkenaan.

Rakaman video yang memaparkan insiden berkenaan berlaku juga turut tular di media sosial yang menarik perhatian netizen serta turut dikecam di atas tindakan krew kabin pesawat berkenaan. - Koleksi Viral


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pOKEiY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.