Hi! Welcome Back and Stay Tune! BR1M Peringkat Kedua Dibayar Mulai 5 Jun ini, Najib Harap Dapat Bantu Rakyat Beli Persiapan Raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BR1M Peringkat Kedua Dibayar Mulai 5 Jun ini, Najib Harap Dapat Bantu Rakyat Beli Persiapan Raya


KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 bakal menerima bayaran peringkat kedua bermula 5 Jun ini, lapor Bernama.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Rabu, pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.

"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian tol bebas 1800-88-2716 atau emel kepada Br1m@treasury.gov.my untuk pertanyaaan.

Sumber: Bernama


Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAkfKF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.