Gambar Askar Kamikaze Senyum Sehari Sebelum Mati
Di medan peperangan, tiada darjat yang lebih tinggi dari seseorang yang sanggup mengadaikan nyawa ketika berjuang.
Konsep mati ketika berjuang ini sememangnya telah dipraktikkan sejak dari dahulu lagi oleh pelbagai negara di seluruh dunia.
Namun dalam hal ini, tiada yang terlampau radikal seperti yang dipraktikkan oleh askar Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Kamikaze atau lebih dikenali sebagai “dewa angin” merujuk kepada tindakan berani mati juruterbang dengan cara merempuh kapal perang laut musuh menggunakan pesawat tempur.
Menerusi taktik itu, juruterbang akan menjunamkan pesawatnya tepat ke badan kapal-kapal dan sasarannya ialah kapal induk yang mengangkut pesawat.
Juruterbang kamikaze, Yukio Araki, maut pada usia 17 tahun setelah melakukan serangan berani mati ke atas kapal tentera bersekutu Amerika Syarikat (AS) di Okinawa, pada 27 Mei 1945.
Kapal perang AS yang dikenali sebagai USS Braine (DD-630) itu mengalami hampir 50 peratus kemusnahan dan mengorbankan 66 anak kapal, namun ia dikatakan masih tidak karam dilautan.
Bagaimanapun, sehari sebelum misi tersebut dijalankan, Araki dan beberapa rakan dari skuad kamikaze unit 72 Shinbu sempat menyertai jamuan keberangkatan dalam melaksanakan misi terakhir seorang tentera.
Upacara yang dikenali sebagai “Mizu no Sakazuki” itu merupakan upacara khas meminum seteguk cawan kecil sake dan kemudian pegawai-pegawai akan mengangkat pedang masing-masing ke udara.
Selesai upacara berkenaan, kesemua anggota akan bersiap sedia dengan misi terakhir masing-masing dan pada ketika itu gambar Araki memegang seekor anak anjing bersama empat lagi yang lain berjaya dirakam jurugambar.
Difahamkan, Araki sempat menulis beberapa pucuk surat kepada ibu bapanya dengan ucapan;
“Saya telah disenaraikan untuk mengambil bahagian dalam peperangan di Okinawa dan saya telah pun diserapkan ke dalam unit pasukan khas.
“Terus terang sangat teruja rasanya, saya hanya memikirkan untuk menenggelamkan kapal perang musuh dengan satu terjunan.
“Sebagai anak, saya ingin memohon maaf kerana begitu jarang bersama keluarga dan pengorbanan ini hanyalah demi kesetian kepada Raja dan negara.
“Saya tidak pernah menyesal dengan jalan yang saya pilih,” tulisnya pada 5 April 1945.
Angkatan kamikaze ditubuhkan atas perintah Maharaja Hirohito ketika Perang Dunia Kedua dan seramai 4,000 anggota kamikaze dilaporkan terbunuh dalam misi tersebut.
Statistik bilangan korban yang dilaporkan oleh seorang pakar sejarahwan, Lamont-Brown mengangarkan seramai 2,940 anggota terbunuh sepanjang Oktober 1944 hingga Ogos 1945.
Bagaimanapun, tiada angka rasmi mengenai bilangan sebenar anggota kamikaze yang masih hidup selepas tamat Perang Dunia Kedua dan kisah mereka juga tidak pernah dihebah kepada masyarakat dunia. -MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2smA0BG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment