Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dell Memperkenalkan Dua Komputer AIO Baru Dengan Skrin Berbingkai Nipis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dell Memperkenalkan Dua Komputer AIO Baru Dengan Skrin Berbingkai Nipis

Bersama-sama pengenalan komputer desktop memfokuskan permainan video, Dell juga turut mengambil peluang untuk memperkenalkan dua komputer semua-dalam-satu mereka dibawah siri Insipiron. Masing-masing adalah, Dell Inspiron 27 7000 AIO dan juga Dell Inspiron 24 5000 AIO – dan kedua-duanya hadir dengan rekaan skrin berbingkai sangat nipis seumpama pada XPS 13, atau apa yang Dell panggil sebagai InfinityEdge.

Dell Inspiron 27 AIO

Dell Inspiron 27 7000 AIO hadir dengan skrin IPS bersaiz 27-inci dan menawarkan panel pada resolusi mencapai 4K UHD. Komputer semua-dalam-satu ini hadir menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen, dan dilengkapi kad grafik dibawah siri Radeon RX500. Melaluinya, Dell menjanjikan kuasa pemprosesan yang baik untuk realiti-maya dan kandungan multimedia. Selain itu, Dell juga turut menyertakan kamera hadapan dengan sokongan Windows Hello, selain integrasi USB Type-C 3.1, dan juga pilihan storan SSD.

Dell Inspiron 24 AIO

Dell Inspiron 24 5000 AIO pula hadir dengan skrin sentuh bersaiz 24-inci, dilengkapi cip AMD generasi ketujuh dan juga kad grafik AMD Radeon RX560. Selain penawaran lebih kurang sama Inspiron 27 7000 AIO, pihak Dell turut menyertakan teknologi SmartByte pada komputer ini bagi membolehkan ia menstrim kandungan dengan mengelak lengah masa – dimana ia mengutamakan data berkaitan video melepasi talian rangkaian terlebih dahulu, berbanding yang lain, sekaligus memudahkan anda mengikuti penstriman video menggunakannya.

Kedua-dua ini dijangka akan ditawarkan pada peringkat global dalam masa beberapa minggu lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r8I7E2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.