Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Menamatkan Sokongan Untuk Nik Collection – Tiada Lagi Kemaskini Dirancang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Menamatkan Sokongan Untuk Nik Collection – Tiada Lagi Kemaskini Dirancang

Nik Collection merupakan koleksi aplikasi yang memudahkan proses penyuntingan gambar anda di desktop. Ia telah diambil-alih oleh Google pada 2012 yang lepas, dan telah mula ditawarkan secara percuma sejak Mac 2016 yang lepas.

Kini, bergerak ke hadapan, Google telah mengemaskini laman bantuan untuk nik Collection, mengatakan mereka tidak lagi akan menawarkan sebarang kemaskini baru untuk koleksi aplikasi berkenaan.

Google Nik Collection

Dibawah Nik Collections, terdapat sebanyak tujuh aplikasi dengan kesan penyuntingan berbeza-beza, termasuk daripada menambah kesan penuras khusus pada gambar, sehinggalah kepada kebolehan mengurangkan kesan noise, menambah HDR, dan sebagainya. Ia beroperasi bersama beberapa perisian penyuntingan gambar popular, seperti Photoshop, Lightroom atau Aperture.

Sejak pengambil-alihan Nik Collections, Google dilihat lebih memfokuskan kepada aplikasi mudah-alih yang turut didapati bersamanya, iaitu Snapsedd. Seperti biasa, kita akan terus melihat kemaskini pada Snapseed selepas ini, termasuk kemudahan penyuntingan baru pada Google Photos yang hadir diintegrasikan secara pintar.

Muat-Turun Nik Collection



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rhuYqy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.