Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Minyak Mentah Meningkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Minyak Mentah Meningkat


SINGAPURA: Harga minyak meningkat hari ini dengan sokongan laporan bahawa pengurangan bekalan oleh OPEC akan diteruskan sehingga tahun depan.

Ia juga susulan jangkaan pengurangan bekalan itu akan lebih diperhebatkan untuk mengekang pasaran dan meningkatkan harga minyak.

Niaga hadapan Brent naik 25 cents atau 0.5 peratus, daripada penutup terdahulu iaitu AS$53.86 setong.

U.S. West Texas Intermediate (WTI) pula kembali melebihi paras AS$50 setong, didagangkan pada AS$50.62, naik 29 cents atau 0.6 peratus.

Kedua-dua minyak penanda aras itu telah meningkat 10 peratus daripada paras terendah awal Mei lalu.

Harga meningkat berikutan jangkaan janji daripada negara OPEC dan pengeluar lain termasuklah Russia untuk melanjutkan pengurangan bekalan sebanyak 1.8 juta tong sehari sehingga Mac 2018 berbanding hanya pada separuh pertama tahun ini.

ANZ Bank dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga minyak mentah terus menunjukkan aliran lebih tinggi berikutan pasaran kembali yakin bahawa anggota OPEC akan berpegang kepada perjanjian pengurangan.

Menurut sumber, pilihan untuk mengembangkan lagi pengurangan bekalan juga sedang dibincang menjelang mesyuarat OPEC dan sekutunya di Vienna pada 25 Mei ini untuk memutuskan mengenai dasar hasil mereka.

Walau bagaimanapun, penganalisis pelaburan di Rivkin Securities Australia, James Woods, berkata potensi untuk mengembangkan pengurangan kekal terhad berikutan pegawai rasmi berkemungkinan memantau impak lanjutan pengurangan itu dulu sebelum mereka mengambil langkah berkenaan.

Woods berkata, pengurangan yang lebih mendalam mungkin diperlukan untuk mengekang lebihan bekalan.

"Ia berikutan hasil yang terus meningkat dari Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan usaha OPEC mengetatkan pasaran," katanya. - Reuters\


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qFVyLn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.