Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shahir Akhirnya Buka Mulut Sedia Kahwini Erra Fazira - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shahir Akhirnya Buka Mulut Sedia Kahwini Erra Fazira


KUALA LUMPUR: Selepas berteka-teki tentang cintanya dengan Erra Fazira, juara program Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir akhirnya mengakui hubungannya dengan aktres itu berada dalam fasa serius.

Image result for SHAHIR AF

Shahir yang ditemui ketika hadir pada pertandingan akhir Gema Gegar Vaganza musim pertama pada malam Ahad memberitahu dia juga sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita itu.

"Apa yang boleh saya katakan doakan agar hubungan kami dipermudahkan dan Insya-Allah apabila tiba masanya saya akan kongsi dengan semua," katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai pendiriannya yang enggan membuka mulut mengenai kesahihan hubungannya dengan Erra sebelum ini, Shahir berkata dia berasa malu untuk berkongsi kisah peribadi.

Malah kata Shahir, dia berasa bersalah apabila Erra yang terpaksa menjawab semua persoalan mengenai hubungan mereka.

"Saya tidak keberatan untuk bercakap mengenainya jika ditanya tetapi saya akui memang saya segan hendak bercakap soal peribadi.

"Jujurnya memang saya simpati dengan Erra yang terpaksa menjawab seorang diri tentang hubungan kami," ujarnya.

Dalam mStar Online 18 Mei lalu, Erra Fazira berkata, dia enggan lagi memikirkan secara serius soal cinta dan meletakkannya kepada ketentuan Allah.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGFcRc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.