Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Didapati Memberikan Kesan Terburuk Ke Atas Kesihatan Mental Anak-Anak Muda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Didapati Memberikan Kesan Terburuk Ke Atas Kesihatan Mental Anak-Anak Muda

Media sosial memudahkan perkongsian kehidupan harian dan merapatkan hubungan silaturahim. Tetapi pada waktu yang sama seperti mata pedang, ia turut boleh mendatang kesan negatif kepada pengguna sekiranya digunakan dengan salah. Laporan terbaru dari Royal Society for Public Health (RSPH) di United Kingdom meletakkan Instagram sebagai aplikasi yang memberikan kesan terburuk terhadap kesihatan mental anak muda.

Pihak RSPH melakukan kajian terhadap 1500 individu di antara umur 14 hingga 24 tahun. Mereka mendapati Instagram memberikan kesan paling negatif diikuti oleh Snapchat. Facebook dan Twitter. Hanya YouTube didapati memberikan kesan positif kepada penggunanya.

Antara kesan impak negatif Instragam ialah memaparkan dunia fantasi yang tidak dapat dinikmati pengguna. Akibatnya mereka murung kerana kehidupan yang tidak mewah dan sempurna seperti individu di Instagram. Kesan paling buruk ialah pada pengguna remaja wanita yang tertekan dengan imej-imej tubuh sempurna yang dihasilkan menggunakan Photoshop. Ini menjurus kepada masalah seperti anorexia dan bulemia.

Pihak RSPH menyarankan platform media sosial untuk mengambil tindakan untuk mengurangkan impak negatif dengan meletakkan amaran pada imej-imej yang telah dimanipulasi secara digital.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHeQ1A

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.