Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Pasti Mahathir dapat pas percuma malukan wanita gemuk. Pas percuma. Sepanjang hari, setiap hari” – KJ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Pasti Mahathir dapat pas percuma malukan wanita gemuk. Pas percuma. Sepanjang hari, setiap hari” – KJ

Seperti memulangkan paku buah keras.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin‏ hari ini mengecam pemimpin kanan pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan menghina wanita.

Ia gara-gara ucapan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Jitra baru-baru ini yang menyebut beliau “tidak mahu gemuk gedempol macam isteri satu orang (itu)”.

Baca artikel sebelum: “Saya tak mahu gemuk gedempol macam sesetengah orang tu. Bila berjalan, ‘gearbox’ senget” – Tun M

Khairy menulis tweet sinis terhadap kenyataan itu, yang muncul kembali selepas pemimpin Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terpalit kontroversi hampir sama kerana mencadangkan wanita berpakaian “comot” jika mahu mengelak gangguan.

“Pasti dia (Mahathir) dapat pas percuma untuk memalukan wanita gemuk. Pas percuma. Sepanjang hari, setiap hari,” sindir menteri belia dan sukan itu.

 

 

Khairy turut memuat naik rakaman video ucapan Mahahir itu, dengan tajuk “Saya tak nak gedempol macam isteri orang tu’, Mahathir sindir perempuan gemuk” bersama laporan Malaysian Digest berkaitan isu itu.

Video ucapan Dr Mahathir itu kemudian dilapor menjadi tular di laman sosial.

Malaysian Digest juga melaporkan ucapan itu mendapat pelbagai reaksi pengguna maya dan rata-rata penyokong Mahathir bersetuju dengan ucapan bekas perdana menteri berkenaan.

Syed Saddiq sependapat, tapi…

Sementara itu, Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut tidak sependapat dengan Mahathir susulan kenyataan itu.

“Tun M (Mahathir) tak patut kata begitu walaupun hanya berlawak,” tulisnya, juga di Twitter.

 


Beliau bagaimanapun mempersoalkan di mana wakil-wakil rakyat BN apabila Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan “memalukan” wanita sebelum ini.

Exco Pemuda Umno Shahril Hamdan bagaimanapun bagaimanapun membalasnya dengan berkata Syed Saddiq hanya berkata demikian apabila Khairy membangkitkannya.

“Sebelum itu ‘krik krik’ saja. Lepas tu macam biasa salahkan orang lain,” katanya.

Tulisan itu diulang tweet oleh Khairy.

 


Mahathir dalam ucapan itu berkata beliau kurus dan tidak mahu gemuk “macam isteri satu orang” kerana tidak makan rasuah.

Beliau malah membuat isyarat meregangkan siku sehingga mengundang gelak ketawa orang ramai.

“Bila berjalan gearbox senget. Saya tak mahu jadi macam itu. Bagi duit pun tak mahu, bagi makan pun tak mahu, bagi projek pun tak mahu,” katanya sambil berkata hanya mahu Najib berhenti.

“Kalau dia tak nak berhenti apa kita nak buat? kita akan tentutukan dia kalah dalam pilihan raya.”

Sumber: Malaysiakini



Sumber “Pasti Mahathir dapat pas percuma malukan wanita gemuk. Pas percuma. Sepanjang hari, setiap hari” – KJ

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qNkgru

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.