Hi! Welcome Back and Stay Tune! JAIPK Tarik Sijil Halal Syarikat Pemprosesan Ayam Di Manjung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JAIPK Tarik Sijil Halal Syarikat Pemprosesan Ayam Di Manjung

LUMUT – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menarik sijil halal sebuah premis pemprosesan ayam di kawasan perindustrian Seri Manjung di sini bulan lepas kerana ayam tidak disembelih dengan sempurna.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIPk, Yusri Abdul Rani berkata pihaknya menarik sijil halal syarikat berkenaan pada 25 April lepas kerana gagal menepati Standard Pensijilan Halal Malaysia.

Katanya pasukan pemantauan dan penguatkuasaan hab halal bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memeriksa premis tersebut pada 21 Mac lepas sebelum menemukan perlanggaran piawaian halal yang ditetapkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebihan voltan yang digunakan sehingga mengakibatkan ayam mati sebelum disembelih secara sempurna,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Susulan penarikan sijil halal itu, syarikat berkenaan tidak dibenarkan menggunakan logo halal Malaysia pada produk atau premis-premis di seluruh cawangan kerana ia menjadi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Sijil halal premis berkenaan pernah ditarik pada Jun 2015 atas kesalahan melanggar peraturan daripada sudut pemprosesan produk. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rY3SoD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.