Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Jam 1 pagi, tiba-tiba ada orang suluh lampu dalam kereta” – Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Jam 1 pagi, tiba-tiba ada orang suluh lampu dalam kereta” – Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam

Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam. Kejadian sekitar 1.00 pagi.

"Jam 1 pagi, tiba-tiba ada orang suluh lampu dalam kereta" - Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam

“Jam 1 pagi, tiba-tiba ada orang suluh lampu dalam kereta” – Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam

Semalam suami saya parking kereta di petronas taman pauh Jaya (depan Politeknik. Sedang menunggu rakan beliau sampai. Dalam keadaan hujan sedikit renyai, dia asyik memerhati skrin telefon.

Tiba-tiba ada seseorang menyuluh lampu ke arah beliau dari luar tingkap kereta. beliau pandang ke arah suluhan tersebut dan ternampak seorang lelaki sekitar umur 20an dan memakai helmet. Suami saya juga melihat melalui side mirror seorang lagi kawan lelaki tersebut sedang menunggu di atas motosikal di belakang kereta.

Suami saya hairan. Kenapa nak suluh ke dalam kereta orang? Beliau hanya memerhati. Tidak cuba untuk menurunkan tingkap kereta.

Dan lelaki itu pun pergi kemudian dalam 5 minit dia datang semula sambil mula mengelap tingkap dan mengetuk tingkap berkali-kali.

Suami saya rasa tidak sedap hati kerana teringat malam sebelumnya seorang rakan beliau telah dirompak di tepi jalan yang juga sedang memberhentikan kereta di sekitar sini juga.

Lalu dengan serta merta beliau menolak gear ke gear reverse, mengundurkan kereta untuk pergi. Nyaris melanggar kawan lelaki tersebut yang sedang menunggu di atas motosikal di belakang kereta.

Nampak seolah mereka terkejut. Lelaki di tepi tingkap terus berlari ke arah kawannya dan melompat menaiki motosikal. Mereka terus memecut laju ke jalan raya sambil melawan arus jalanraya.

Wah..kita tidak mahu bersangka buruk cuma ingin berhati- hati dan memberikan peringatan. Kalau hendak minta tolong, kenapa perlu larikan diri?

Alhamdulillah tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Namun kita berharap supaya masyarakat di sekitar sini berhati-hati dengan mereka ini.

Perkongsian ini untuk pencegahan. Berharap supaya kalau mereka benar-benar ingin melakukan jenayah, maka masyarakat semua akan bekerjasama untuk menghalangnya.

Sumber: Penang Kini



Sumber “Jam 1 pagi, tiba-tiba ada orang suluh lampu dalam kereta” – Peringatan untuk warga Permatang Pauh dan Bukit Mertajam

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruQETa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.