Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenali Kapten LRT Nur Aina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenali Kapten LRT Nur Aina


Kenali Kapten LRT Nur Aina|PETALING JAYA: Siapa sangka, seawal usia 21 tahun, gadis ini telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan tren Transit Aliran Ringan (LRT).

Setiap hari, selama 10 jam, Nur Aina Asmida Jamaluddin perlu bertanggungjawab ke atas tren enam gerabak yang boleh memuatkan lebih kurang 1,200 penumpang dalam satu masa.

Beliau yang berkhidmat dengan Rapid Rail Sdn Bhd bermula Februari lalu kini menjadi pekerja wanita termuda di syarikat itu yang memegang peranan sebagai kapten LRT atau pegawai transit.

“Saya gembira dengan kerja sekarang kerana saya memang suka cuba sesuatu yang baru dan sudah terbiasa dengan kerja-kerja lasak.

“Kerja ini agak rumit sebab saya perlu belajar banyak perkara dan tahu cara untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul, yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Kisah Nur Aina Asmida memandu LRT dalam usia muda menjadi tular di media sosial selepas posting mengenai pekerjaannya dimuat naik di laman Facebook baru-baru ini.

Berasal dari Sekinchan, Selangor, anak sulung daripada lima beradik ini mengaku agak gugup ketika mula-mula menggerakkan gerabak, walaupun dengan menggunakan sistem moden.

Jelasnya, walaupun dalam keadaan biasa tren digerakkan dengan sistem separa automatik, cara manual perlu digunakan dalam situasi tertentu atau jika mendapat arahan daripada pihak atasan.

Bagaimanapun katanya, dengan latihan selama sebulan setengah dan sokongan daripada rakan-rakan di tempat kerja, perasaan gugup itu hilang sedikit demi-sedikit.

“Dalam setiap tren, hanya ada seorang sahaja staf yang bertanggungjawab iaitu kapten dan jumlah penumpang boleh mencecah seramai 1,200 orang pada waktu puncak, itu yang agak membimbangkan saya.
“Begitu juga bila berada di kawasan tinggi, sudah tentu boleh membahayakan nyawa penumpang jika saya buat silap. Kesilapan kecil juga boleh menyebabkan tren lewat dan mengganggu jadual perjalanan,” katanya yang ditugaskan mengendalikan tren di laluan Putra Heights – Sentul Timur.

Menurut Nur Aina Asmida, minat untuk mencuba bidang ini timbul apabila beliau setiap hari menggunakan perkhidmatan LRT ketika bekerja sebagai jurujual di Ampang sebelum ini.

“Dari situ timbul minat untuk tahu bagaimana cara nak pandu LRT.
“Sekarang bila impian jadi kenyataan, timbul pula rasa tanggungjawab terhadap penumpang, saya nak
tolong mereka sampai ke destinasi dituju dengan cepat dan selamat,” katanya sambil menambah setiap pegawai mempunyai dua syif kerja iaitu pagi dan petang.

Mempunyai sijil dalam bidang perhotelan dari Kolej Komuniti, Nur Aina Asmida mengakui mendapat bantahan keluarga ketika mula-mula mahu membuat permohonan untuk jawatan yang dipegangnya sekarang.

“Keluarga mula-mula tak benarkan sebab mereka anggap bahaya. Tapi bila saya jelaskan tentang syarikat ini dan bidang tugas saya, akhirnya mereka bersetuju,” katanya.

The post Kenali Kapten LRT Nur Aina appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q7sr1R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.