Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembalakan tak terkawal: Yang ni patutnya Nik Amar yang jawab kot? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembalakan tak terkawal: Yang ni patutnya Nik Amar yang jawab kot?

Pembalakan antara sebab Gua Musang kerap banjir lumpur, kata Adun

  | May 10, 2017
Orang Asli di beberapa kawasan tidak lagi selamat jika hutan melebihi 5 jam, kata Ab Aziz Yusof
GUA MUSANG: Aktiviti pembalakan untuk tujuan perladangan yang tidak terkawal di Gua Musang dikenal pasti sebagai antara penyebab utama banjir lumpur semakin kerap berlaku di jajahan ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof berkata aktiviti pembalakan berkenaan menyebabkan kawasan bukit mudah terhakis.
“Dahulu, jalan Gua Musang-Lojing ini tak pernah dilanda banjir lumpur tapi semalam bencana itu berlaku sehingga menyebabkan jalan terpaksa ditutup selama beberapa jam.
“Kita bimbang perkara tidak diingini akan berlaku pada masa depan jika kerajaan negeri tidak mengambil serius mengenai banjir lumpur ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kesan banjir di kawasan berkenaan, hari ini.
Ab Aziz berkata keadaan Orang Asli di beberapa kawasan terutama di Kampung Jedip di Pos Brooke di sini, juga tidak lagi selamat terutama jika hujan melebihi 5 jam.
“Hujan berterusan akan menyebabkan paras air sungai meningkat dengan cepat kerana tiada lagi zon penampan selepas bukit-bukau digondolkan untuk tujuan pertanian.
“Saya telah beberapa kali bangkitkan perkara ini terutama ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) namun sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian kukuh yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Kat bawah ni berita yang aku ps dari sinar harian:


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pzDWND

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.