Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Mat Over tampar David Teo depan PM: Polis buka kertas siasatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Mat Over tampar David Teo depan PM: Polis buka kertas siasatan

Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden kekecohan semasa sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri bersama penggiat seni di Seri Perdana, di sini semalam.

Asisten Komisioner Rosly Hassan

Ketua Polis Daedah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, setakat ini dua laporan polis berhubung kejadian itu diterima dengan satu daripadanya dibuat oleh orang awam di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur dan satu lagi laporan dibuat sendiri oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

“Pihak polis sendiri membuat laporan polis kerana tiada pihak yang tampil membuat laporan sehingga tengah hari tadi memandangkan video kejadian itu telah tular di media sosial.

“Pada 1 tengah hari, barulah ada satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu di Pudu,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Rosly berkata, pihaknya akan menghantar laporan kepada timbalan pendakwa raya esok bagi  mendapatkan arahan untuk menyiasat sebelum memanggil individu yang terlibat dan saksi  kejadian untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Rosly berkata, siasatan tetap dibuat walaupun dua individu yang terlibat dalam kekecohan itu telah berdamai dan tidak membuat laporan polis.

Kekecohan kecil berlaku pada sesi dialog TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kira-kira 300 penggiat seni di Seri Perdana melibatkan  pelawak Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over dan penerbit filem Datuk David Teo.

Kedua-dua penggiat seni itu kemudiannya berdamai di hadapan Perdana Menteri.

Rosly dalam pada itu meminta pengguna media sosial berhenti memberikan sebarang komen atau membuat spekulasi berhubung insiden tersebut dan memberi peluang kepada pihak polis untuk membuat siasatan secara telus.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Bernama

Sumber: Sinar Harian


Sumber Kes Mat Over tampar David Teo depan PM: Polis buka kertas siasatan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qwvpz5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.