Lelaki Maut Dihempap Buat Kelapa Ketika Sedang Mengait Buah Kelapa
Ajal tak berbau. Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai dihempap buah kelapa ketika sedang mengait buah berkenaan di FELDA Lui Timur, Jempol pada Sabtu.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, ketika mangsa Azemi Jamaludin, 59, sedang mengait di belakang rumahnya.
Tambahnya, mangsa ditemui anak perempuannya berusia 18 tahun dalam keadaan terbaring dengan mulut dan hidung berdarah.
"Anaknya kemudian menghubungi Klinik Kesihatan Lui Muda dan pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia," katanya.
Mayat dibawa ke hospital Jempol untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - www.kakishare.my
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pknBwL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment