Saya Tidak Ada Hutang Dengan The RedWarriors-Datuk Seri Vida
Bekas penaja utama Kelantan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida menegaskan sudah melengkapkan komitmennya dengan menyalurkan tajaan sebanyak
Kuala Terengganu: Bekas penaja utama Kelantan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida menegaskan sudah melengkapkan komitmennya dengan menyalurkan tajaan sebanyak RM8 juta musim lalu.
Justeru, menurutnya, tidak wajar jika ada pihak terutama penyokong menuduhnya masih berhutang dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) hingga menyebabkan The Red Warriors (TRW) mengalami kemelut hutang berpanjangan.
Katanya, penyokong bola sepak negeri itu tidak harus mempunyai tanggapan serong terhadapnya terutama kerana tindakannya mengundur diri daripada menaja Kelantan musim ini.
“Saya tinggalkan KAFA dengan baik serta sudah memenuhi segala komitmen sebagai penaja musim lalu, seperti dijanjikan.
“Saya ingin menjelaskan kepada netizen media sosial yang mengatakan saya masih berhutang dengan KAFA, sebenarnya, saya sudah memenuhi setiap komitmen yang dijanjikan.
“Saya sungguh terkilan dengan dakwaan berkenaan kerana mengaitkan saya sedangkan saya tiada kena mengena dengan isu ini,” kata pengasas Vida Beauty itu.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa sebelum ini mendakwa beberapa penaja musim lalu gagal memenuhi perjanjian kewangan seperti tertera di dalam kontrak hingga menyebabkan persatuan itu mengalami defisit jutaan ringgit.
Sehubungan itu, ramai menuding jari terhadap Datuk Seri Vida kerana menganggap kegagalannya memenuhi janji menyebabkan KAFA terus dihimpit kemelut hutang sehingga Kelantan dikenakan hukuman pemotongan enam mata dalam saingan Liga Super.
Musim lalu, Datuk Seri Vida menerusi produknya Pamoga Qu Puteh bersetuju menaja pasukan bola sepak Kelantan lebih daripada RM16 juta untuk dua musim.
Kesanggupan usahawan kecantikan itu menaja Kelantan menyebabkan Annuar yang juga Presiden KAFA ketika itu juga bersetuju melantik Datuk Seri Vida sebagai Penasihat Kehormat Kelantan.
Selain itu, KAFA juga bersetuju membenarkan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu dicat semula dengan warna kegemaran Datuk Seri Vida iaitu merah jambu serta penjenamaan semula pasukan Kelantan sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).
Bagaimanapun, usahawan berkenaan mengambil keputusan menarik diri selepas berakhir saingan musim lalu kerana menganggap tajaan berkenaan tidak memberi impak positif kepada pihaknya.a. - Malaysia Dateline
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pRt8fA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment