Netflix Menghalang Peranti Yang Di “Root” Daripada Memuat-Turun Aplikasi Android
Sejumlah aplikasi perbankan sedia menghalang akses untuk peranti yang telah di root atau dibuka akses pentadbirnya. Kini, selain aplikasi perbankan, Netflix juga dilihat telah mula menghalang akses untuk peranti yang di root daripada memuat-turun aplikasi mereka di Google Play Store.
Buat masa ini, daripada pengamatan ramai pengguna, ia dilihat hanya akses untuk muat-turun daripada Google Play Store sahaja dilakukan pihak Netflix buat masa ini, sementara pengguna yang root masih boleh menggunakannya seperti biasa. Tiada halangan yang dilakukan sekiranya aplikasi sedia terpasang – atau dipasang menggunakan APK.
Halangan ini mungkin dilakukan oleh Netflix kerana baru-baru ini mereka telah mula menawarkan fungsi muat-turun kepada pengguna Android dan iOS, sekaligus memudahkan anda menonton rancangan mereka walaupun tanpa talian internet.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qfp5vM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment