Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak Sangka Ikan Lompat Dalam Mulut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak Sangka Ikan Lompat Dalam Mulut

Seorang lelaki melalui pengalaman ngeri apabila seekor ikan hidup tersangkut di dalam kerongkongnya ketika dia berenang di sebuah kolam di kampungnya.

NEW DELHI – Seorang lelaki melalui pengalaman ngeri apabila seekor ikan hidup tersangkut di dalam kerongkongnya ketika dia berenang di sebuah kolam di kampungnya.
Santosh Ku Dash, 30, dari kampung Potadhia di Balasore sedang menangkap ikan itu menggunakan tangannya ketika berenang bersama rakannya, lapor Metro.
Disebabkan keterujaannya, dia membuka mulut untuk menjerit memanggil rakannya namun tanpa disangka ikan itu melompat terus ke dalam tekaknya, menyebabkannya tercekik.
Akibatnya, Dash tidak dapat bernafas selain kesakitan dan dikejarkan ke hospital. Doktor cuba mengeluarkan ikan itu tetapi gagal dan menghantarnya ke hospital lain.
Dr Sanjeev Gupta yang merawatnya berkata, hasil pemeriksaan mendapati luka teruk di dalam kerongkong Dash manakala ekor ikan itu dapat dilihat dengan jelas.
“Kami memberikannya bius dan mengeluarkan ikan itu menggunakan penyepit,” katanya.

Menurutnya, Dash terpaksa makan menggunakan tiub selama 10 hari sebelum dibenarkan pulang.-Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2py2UBI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.