Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilik Pasar Mini Didenda RM114,488 Jual Rokok Seludup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilik Pasar Mini Didenda RM114,488 Jual Rokok Seludup


SUNGAI PETANI: Seorang pemilik pasar mini didenda RM114,488 oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan menjual rokok seludup di premis miliknya itu di Tikam Batu, di sini, pada 15 Mei lalu.

Majistret Mohamad Fared Abd Latif membuat keputusan itu ke atas Ahmad Syazwan Abd Halim, 30, selepas mengambil kira pengakuan bersalah dibuat tertuduh.

Ahmad Syazwan dituduh memiliki 147,920 rokok putih dan kretek pelbagai jenama bernilai 11,488.80 di premis miliknya di Taman Setia Budi, dekat Tikam Batu, di sini, pada jam 11 pagi pada 15 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta sama, jika sabit kesalahan boleh didenda antara 10 hingga 20 kali ganda nilai barang atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Muhd Ridhauddin Jamaludin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qbnV0t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.